Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

aynora nur | 30 May, 2013,7:49 PM |
Advertisement
As-salam,

Ramadan akan datang tak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang sudah datangnya ramadan penuh barakah dan bulan yang dipenuhi dengan beribu ibadah. Di dalam bulan Ramadan diturunkan segala kebaikan dengan percuma, sebagai hambaNya kita hanya perlu mengutip setiap peluang untuk beribadah dengan sebanyak-banyaknya dan penuh ikhlas.

Sebagai persiapan menghadapi pertarungan melawan nafsu ini, saya kongsikan lafaz niat puasa ramadan untuk makluman bersama.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan




“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhana hadzihi sanati lillahi ta’ala.”

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa Berbuka Puasa




“Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.”

Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.


Adab Berpuasa Di Bulan Ramadan

Dalam mengamalkan puasa Ramadan kita perlu melaksanakan adab-adab berikut:

1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. Sunnah berbuka puasa adalah sebab:
  • Disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan solat.
  • Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu. 
  • Setelah berbuka berdoa dengan doa sbb : Artinya : Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah. 

2. Makan sahur. Adab-adab sahur :

a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh.
b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur kerana sudah masuk waktu Subuh. Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat mahupun tabi’in.

3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-quran.

4. Menegakkan solat malam / solat Tarawih dengan berjemaah. Dan solat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan).

Cara solat Tarawih adalah :
  • Dengan berjemaah.
  • Tidak lebih dari sebelas rakaat yakni salam tiap dua rakaat dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat rakaat dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga rakaat. 
  • Dibuka dengan dua rakaat yang ringan. 
  • Bacaan dalam witir : Raka’at pertama : Sabihisma Rabbika. Rakaat kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Rakaat ketiga : Qulhuwallahu ahad.
  • Membaca do’a qunut dalam solat witir. 

5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku.

6. Mengerjakan i’tikaf pada sepuluh malam terakhir.

Cara i’tikaf :

a. Setelah solat Subuh lalu masuk ke tempat i’tikaf di masjid.
b. Tidak keluar dari tempat i’tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak.
c. Tidak mencampuri istri dimasa i’tikaf.

7. Mengerjakan umrah.

8. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. 


Semoga kita semua mendapat barakah dan di dalam lindungan rahmatNya...Amin...
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa"

gud info - semoga kte tak lupa

for sharing amongst us..in sha Allah

alhamdulillah tima kaseh ya...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top