Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PRU13 : Berkempen Bukan Untuk Mencaci

Bahang PRU 13 semakin hangat dan panas. Kepanasannya dirasai satu Malaysia. Disana sini kempen pelbagai parti yang terlibat dengan PRU 13 semakin menyesakkan dan jalan selalu jammed. Menjelang beberapa hari lagi tarikh mengundi, semua pihak terutamaya SPR tak senang duduk. Ada sahaja kontroversi yang menyerang SPR antaranya undi awal, undi pos dan penggunaan dakwat kekal yang katanya 'tak kekal'!

PilihanrayaUmumKe13

Sebagai seorang pembaca yang membaca semua bahan samada akhbar ataupun online info, saya merasakan kempen yang dijalankan oleh segelintir pihak yang terlibat dalam PRU 13 lebih kepada mencaci sesama mereka! Apakah faedahnya jika semua pihak yang mengaku bijak pandai politik lebihkan mencaci daripada berkempen?

Apakah maksud berkempen sebenarnya? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,

Kempen maksudnya segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): Contoh: Jabatan tersebut akan memperhebat kempennya untuk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; kempen pilihan raya kempen untuk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kem­pen: Contoh: Pegawai penerangan parti itu sedang giat berkempen membidas dasar-dasar ekonomi parti yang memerintah.

Dengan sedikit penerangan di atas tahulah kita bahawa cara dan makna berkempen yang sebenarnya iaitu dengan cara merayu menggunakan penerangan yang jelas untuk mencapai matlamat tertentu. Dan, bukannya dengan menjerit ataupun terjerit-jerit menaikkan api kepanasan sesuatu pihak.

Semoga kita mengamalkan kesederhanaan kerana Allah lebih sukakan kesederhanaan dalam semua perkara.

Selamat mengundi, happy reading!  

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. berkempen jangan sampai mencaci... jagalah batas2 dan juga nilai2 murni... ^_^

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close