Tips Hadiah Hari Guru

aynora nur | 07 May, 2013,8:55 PM |
Advertisement
Tips Hadiah Hari Guru! | Hari Guru 2013 yang jatuh pada 16 Mei menjelang lagi. Pada waktu-waktu begini, anak-anak kita yang bersekolah rendah atau menengah sibuk memikirkan apakah hadiah yang sesuai diberikan untuk guru-guru kesayangan mereka. Biasanya hadiah hari guru ini diberikan oleh pelajar kepada guru yang mereka sayangi. Secara normalnya, pelajar akan memberi hadiah istimewa kepada guru kelas sendiri, kerana mereka lebih rapat dan sering berkongsi masalah.




Saya akan kongsikan tips memberi hadiah kepada guru pada hari guru nanti.

Tips Hadiah Hari Guru Bagi Guru Wanita


  • Berikan kad yang direka sendiri, pasti lebih 'sentimental value'
  • Memberikan sepasang kain untuk dibuat baju
  • Hadiahkan tudung
  • Memberikan sejambak bunga segar
  • Berikan sebuah novel kegemaran guru anda
  • Mungkin boleh juga hadiahkan telekung - sejuk hati cikgu..
  • Hadiahkan sebatang pen yang mahal sedikit 
  • Belikan kek hari guru - mesti guru anda terharu! 
  • Berikan kad ucapan yang istimewa kepada guru kesayangan anda!
  • Bingkai gambar yang unik
  • Hadiahkah cawan @ mug yang comel
  • Stationery holder - tempat meletak pensil dan lain-lain
  • Berikan sekotak Coklat sebagai kejutan kepada guru tersayang anda 

Tips Hadiah Hari Guru Bagi Guru Lelaki

  • Berikan kad yang dilukis sendiri
  • Belikan sepasang kemeja-T - pastikan anda tahu saiznya
  • Hadiahkan tali leher mengikut warna kesukaan guru tersebut
  • Mungkin boleh hadiahkan sebatang pen - ikut kesesuaian bajet anda
  • Bingkai gambar mungkin juga berguna
  • Kad ucapan yang istimewa untuk guru tersayang
  • Lukisan potret guru anda ataupun lukisan pemandangan
  • Mungkin boleh hadiahkan cawan @ mug 
Pastikan hadiah yang anda pilih dibincangkan dahulu dengan kedua ibubapa kerana sudah tentu wang poket mereka juga yang akan keluar nanti.  


Selamat menyambut hari guru kepada guru di seluruh dunia!!
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Tips Hadiah Hari Guru"

good tips... meh cepat sapa nak bg kat saya.. hihi... :)

mesti dapat banyak hadiah masa hari guru nanti...surprise!

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top