Enter your keyword

07 June, 2013

10 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Pernah dengar perumpamaan rambut mahkota wanita? Tentu anda semua pernah dengar, kan? Selain rambut, mata juga aset terpenting untuk wanita mahupun lelaki. Orang kata cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati!

Jika mata segar dan cantik, secara keseluruhannya kita memiliki tubuh yang sihat. Mari kita sama-sama lihat cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata atau eyebag yang boleh mencacatkan kesegaran wajah anda.



Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


1. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

2. Perbanyakan makan makanan seperti pisang, kismis, kubis dan jus.

3. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

4. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

5. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

6. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

7. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.

8. Kurangkan pengambilan garam berlebihan.

9. Letakkan 2 sudu logam di dalam peti sejuk dan gunakannya setiap hari dengan meletakkan belakang sudu pada mata.

10. Celup kapas kedalam susu dan sapukan pada bahagian mata. Biar selama 20-35 minit, kemudian bilas dengan air putih.

Selamat mencuba hingga berjaya!!

4 comments:

  1. tips yg bagus... nice sharing... :-)

    ReplyDelete
  2. nak tanye, susu tu susu segar ke manis??

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.