Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bahaya Shisha Yang Perlu Diketahui

Bahaya Shisha Yang Perlu Diketahui | Juga dikenali sebagai hookah, narghile, dan goza, shisha adalah paip air dengan kebuk asap, mangkuk, paip dan hos. Tembakau yang dibuat khas dipanaskan, dan asap melalui air dan kemudian disedut melalui hos getah oleh pengguna. Merokok shisha telah wujud di Timur Tengah selama lebih 400 tahun, namun ia melonjak dalam populariti di kalangan remaja dan dewasa muda di kebelakangan ini.


Exco Negeri Melaka pada 2009 mengharamkan penggunaan shisha di seluruh negeri itu atas faktor kesihatan, manakala kajian Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok.

Bahaya Shisha


1) Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. 

2) Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

3) Penyelidikan terhadap bahaya shisha juga menunjukkan bahawa asap shisha mengandungi nikotin yang merupakan salah satu bahan utama ketagihan di dalam rokok. Ini bermaksud bahawa shisha berpotensi pengguna ketagih seperti rokok.

4) Seperti juga rokok, penghisap shisha juga boleh menghidap barah mulut, mendapat masalah paru-paru serta banyak lagi penyakit yang boleh didapati hasil daripada aktiviti tersebut. Malahan akibat daripada aktiviti tersebut peningkatan penyakit kanser semakin meningkat dari sehari ke sehari.

 


Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close