Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Blogger Menulis Berita Wajib Gunakan Identiti Sebenar

Blogger Menulis Berita Wajib Gunakan Identiti Sebenar | Berita terkini bagi penulis blog atau media sosial yang menawarkan bahan berita di dalam blog masing-masing. Kerajaan mewajibkan semua penulis blog menggunakan identiti sebenar mereka bagi menggambarkan kematangan media Malaysia yang makin berkembang. 


 
“Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

Kata PM lagi, kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi negara bangsa yang kian dewasa.

Mari kita berubah ke arah kematangan berblog!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close