Resepi Kerepek Pisang Tanduk Yang Sedap

Tudung kanak-kanak
Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk | Siapa yang suka makan kerepek pisang? Dan, ada yang tak sukakannya? Saya rasa kebanyakan orang suka makan kerepek terutamanya kerepek yang jarang kita dapat beli selalu kerana harganya yang agak mahal. Kalau mahu berjimat sedikit, apa kata kita buat kerepek sendiri.

Untuk perkongsian bersama, saya berikan resepi buat kerepek guna pisang tanduk. Tiap kali raya saya akan buat sendiri dan kalau dah malas sangat, tempah daripada rakan-rakan.


Sumber Google

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Sedap


Bahan-bahan:

  • 1 sisir pisang tanduk (lebih kurang 5-8 biji) - di buang kulitnya
  • Air garam
  • Pisau penyagat
  • Minyak masak


Cara membuatnya/menggoreng:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Sagat pisang tanduk di atas kuali bagi mengelakkan pisang itu lebam (warna pucat)
  3. Renjiskan air garam ikut citarasa - lebihkan jika mahu masin sedikit
  4. Bila warna pisang tanduk bertukar kuning keperangan, bolehlah di angkat dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara.

Nota:
Pisang tanduk tidak perlu ditambah pewarna kerana warna asalnya sahaja sudah cukup menonjolkan kesegaran sesuatu kerepek itu.

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. wahh...kerepek pisang tanduk memang dulu-dulunya kerepek pisang wajib ada time raya kan...tapi sekarang...huhu..tukang buatnya dah tak larat...anyway, kerepek ni memang sedap kalau dimakan bila2 masa pun kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CM...sis klu nak buat pun cukup 1 tin kecil aje, mcm tak larat dah..hihi

      Delete
  2. Assalam..tumpang tya.. Mcm mna xnk bgi hangit? Saya baru ja masukkn ke dlm kuali, warna dikeliling dah kehitaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, sayang..kena sagat atas kuali tu jugak. kalau sagat awal-awal, nanti keliling pisang tu pucat. selamat mencuba.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.