Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ciri-Ciri Blog Yang Disukai Google

Ciri-Ciri Blog Yang Disukai Google | Seharian saya membaca tentang blog-blog SEO dan teknik mudah menaikkan trafik ke blog dengan secara automatik ataupun secara semula jadi. Kebanyakan penulis SEO menyarankan agar blog sentiasa menggunakan kata kunci yang tepat dan padat dan juga 'keyword' yang kekal sepanjang zaman. Yang bermusim boleh juga tetapi dipercayai apabila keyword tersebut tidak panas lagi, trafik blog pun mencanak turun...huhu

Sambil itu, saya tertarik dengan satu artikel berkaitan ciri-ciri blog atau website yang disukai oleh En. Google dan antaranya adalah:


Ciri-Ciri Blog Yang Disukai Google


Kita kena hasilkan blog yang disukai pihak Google dan bukannya blog yang syok sendiri. Cuba perhatikan senarai di bawah yang mungkin berguna kepada kita semua.

1. Blog dengan susunan dan link teks yang jelas. Setiap halaman haruslah dapat dicapai paling sedikit dengan satu link teks yang statik.

2. Blog yang menawarkan site map kepada pengunjung dengan link yang terus menuju ke bahagian penting dari blog kita. Apabila dalam sitemap terdapat lebih dari 100 link, sebaiknya pisahkan site map ke halaman yang berbeza. Contohnya pindahkan ke page post.

3. Blog yang berisi informasi yang berguna, padat dan jelas serta penerangan secara tepat boleh menggambarkan kandungan blog/website kita.

4. Carilah kata kunci yang memang banyak dicari oleh orang lain.

5. Harus menggunakan teks, bukan sekadar gambar sahaja jika ingin menampilkan nama dan menerangkan kandungan atau link. Google tidak akan mengenali teks yang ada dalam gambar.

6. Pastikan judul tag dan alt attribute yang kita gunakan pada imej benar-benar tepat dan menggambarkan isi dan tajuk blog.

7. Rajin memerikasa artikel kita apakah ada link yang mati atau kode HTML yang salah.

8. Apabila menggunakan halaman dinamis (seperti URL yang mengandungi tanda”?”),berhati-hatilah kerana tidak setiap search engine dapat mengindeks halaman dinamik seperti itu. Usahakan untuk membuat parameter sesingkat mungkin dan sedikit saja.

9.Pastikan jumlah link di blog/ atau website kita dalam jumlah yang rasional dan tidak terlalu banyak.

Semoga artikel di atas dapat memberikan kita kemajuan dalam berblog dan meningkatkan trafik yang berkualiti. Jangan pernah penat dan letih untuk mempelajari dan mencari ilmu blog dan isi penting dalam berblog.

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close