Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea Don't Look Back : The Legend of Orpheus

Don't Look Back : The Legend of Orpheus | Sebuah drama korea yang penuh sadis, pembunuhan, balas dendam dan gila kuasa! Macam biasa, yang kaya selalu menindas yang miskin dan yang teraniaya biasanya anak-anak yang tidak berdosa.

Drama korea 'Don't Look Back : The Legend of Orpheus' mengambil alih siaran The Queen of Office di saluran KBS2 pada setiap hari Isnin & Selasa pukul 09:55 malam.




Info:
Drama: Don't Look Back : The Legend of Orpheus (English title) 
Tajuk lain: Shark (literal title)
Pengarah: Park Chan-Hong
Penulis: Kim Ji-Woo
Saluran: KBS2
Episodes: 20
Tarikh Siaran: 27 May 2013 - 30 July 2013

Sinopsis Drama Korea Don't Look Back : The Legend of Orpheus 


Kisah seorang lelaki yang kehilangan ayahnya dan nekad membalas dendam. Ayahnya dibunuh ketika mahu berterus terang dan menyerah diri kepada polis tentang kes langgar lari. Sebenarnya kes langgar lari itu disaksikan oleh seorang kanak-kanak kecil tetapi ditolak oleh polis untuk menjadi saksi.

Setelah beberapa tahun, lelaki itu kembali dengan memakai identiti baru. Namun lama kelamaan identitinya diketahui oleh kekasihnya bernama Jo Hae-Woo yang kini telah berkahwin. Target lelaki itu adalah untuk memusnahkan keluarga kekasihnya. Namun dia terpaksa memilih antara dendam dan cinta.

Lelaki itu adalah Han Yi-soo (Kim Nam-gil) yang sedang memburu musuhnya! Sewaktu melarikan diri daripada keluarga kaya dan berpengaruh Kumpulan Hotel Gaya yang mahu membunuhnya juga, dia telah diselamatkan oleh ahli perniagaan Jepun yang kaya raya. Selepas 12 tahun barulah dia berani kembali ke Korea dengan identiti baru. 

Hae-woo, yang percaya bahawa Yi-Soo telah meninggal dunia telah menjadi peguam dengan azam mahu mencari pembunuh lelaki yang dicintai itu. 

Berjayakah lelaki itu untuk membalas perbuatan orang-orang yang telah menyebabkan ayahnya terbunuh? Apakah terjadi dengan perkahwinan Hae-woo? Siapakah yang membunuh ayah Han Yi-Soo sebenarnya?

Selamat menonton untuk mencari jawapannya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close