Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea I Hear Your Voice

Sinopsis Drama Korea I Hear Your Voice | Sebuah lagi drama korea bakal disiarkan di saluran SBS ASTRO 391 @ 392 HD bagi menggantikan drama yang ada sekarang ini. Tetapi tarikh yang pasti belum diketahui.

Kita tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, melainkan jika kita berada dalam keadaan tidak bernasib baik menjadi bersalah sehingga terbukti bersalah. Bagi jiwa-jiwa yang malang, hanya ada peluang 1% untuk kebebasan, dan ia terpulang kepada kecerdikan geng-geng penyiasat persendirian dalam drama korea terbaru ini. Seorang peguam, Jang Hye Sung (Lee Bo-yeong), seorang yang agak moody, mengendalikan Cha Kwan Woo (Yoon Sang-hyeon), bekas anggota polis yang kini menjadi peguam, dan Park Soo Ha (Lee Jong-suk), seorang remaja misteri dengan keupayaan untuk membaca fikiran. Bersama-sama dengan pasukan ini, kemungkinan yang tak bersalah disabitkan dengan kesalahan tersebut dengan kaedah konvensional dan membuktikan bahawa walaupun kadang-kadang keadilan menegakkan seseorang itu bersalah, masih ada harapan dengan pasukan ini untuk menyelesaikan masalah undang-undang tersebut. Sebenarnya...dia masih boleh mendengar suara anda!



Plot Episode Awal :

Soo-Ha yang ketika itu berusia 9 tahun dan ayahnya sedang dalam perjalanan ke satu tempat dengan secara tiba-tiba telah di serang oleh seorang lelaki pemandu trak bernama Min Joon-Kook. Ketika kejadian serangan itu berlaku, secara tak sengaja mata Soo-Ha and Min Joon-Kook bertembung melalui kaca kereta.  Tiba-tiba Soo-Ha dapat mendengar suara kemarahan dalam minda lelaki itu yang berkata..."Aku mesti tamatkan benda ni!"

Akhirnya ayah Soo Ha telah diserangbdengan kayu baseball hingga mati. Soo-Ha berasa amat terkejut. Bila Min Joon-Kook mahu membunuhnya pula, gangguan dari bunyi orang sekeliling yang mengambil gambar kejadian telah menyelamatkan Soo Ha.

Salah seorang gadis yang mengambar tersebut adalah Hye-Sung. Kemudian Hye-Sung menjadi saksi kepada Min Joon-Kook dalam mahkamah. Min Joon-Kook menyatakan bahawa kematian ayah Soo-Ha adalah kerana kemalangan kereta. Melalui prosiding mahkamah, Soo-Ha jatuh cinta dengan Hye-Sung. Soo-Ha berjanji untuk melindungi Hye-Sung daripada Min Joon-Kook, bila dia mengugut untuk membalas dendam terhadap gadis itu.

10 tahun kemudian, Soo-Ha kini bersekolah di sekolah tinggi terkenal. Tetapi tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa Soo-Ha memiliki kebolehan telepati.

Sementara itu, Hye-Sung kini bekerja sebagai peguam, tetapi kurang berjaya dengan kerjayanya itu. Dia juga memiliki pendapatan kurang daripada $1000 sebulan. Ibunya menggesa Hye-Sung agar memohon kerja sebagai peguam kerajaan (peguam yang mewakili mangsa yang tidak mampu) kerana gajinya yang tinggi.

Akhirnya Hye-Sung berjaya menjawat jawatan tersebut setelah bergaduh dengan Kwan-Woo yang merupakan bekas pegawai polis.

Sebaik Hye-Sung berjaya menjawat jawatan tersebut, gambarnya disiarkan di akhbar. Soo-Ha akhirnya berjaya menjejaki Hye-Sung melalui gambar di akhbar tersebut dan begitu juga dengan Min Joon-Kook yang membaca akhbar di penjara.

Apakah nasib Hye-Sung apabila Min Joon-Kook dibebaskan nanti? Siapakah yang akan melindungi Hye-Sung daripada dendam Min Joon-Kook?

Selamat menonton drama korea hebat ini yang penuh drama dan suspen.




Lain-lain Info:

Drama: I Can Hear Your Voice (English/literal title)
Penulis: Park Hye-Ryun
Penyiar: SBS
Jumlah Episode: 16
Waktu Siaran: Rabu & Khamis 21:55mlm

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close