Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Final Piala FA 2013 JDT Vs Kelantan | Tiket Berharga RM40

Final Piala FA JDT Vs Kelantan | Tiket Berharga RM40 | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan harga tiket final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 29 Jun ini, tetap kekal RM40.



Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata tidak ada sebarang perbincangan dilakukan berkaitan kenaikan harga tiket dan berharap peminat mendapatkan pengesahan rasmi supaya tidak mudah tertipu dengan spekulasi yang timbul.

Pihak FAM berkata dari awal musim 2012 lagi sudah ditetapkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA adalah RM40 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Tambahnya lagi, FAM tidak tahu bagaimana boleh timbul desas desus kenaikan harga tiket perlawanan terbabit kerana FAM tidak pernah membuat sebarang keputusan berkaitan kenaikan harga tiket. Semua berita mengatakan tiket perlawanan Kelantan dan Johor DT bernilai RM45 adalah tidak benar. Diharap peminat jangan mudah terpedaya dengan khabar angin tersebut.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close