Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khairy Jamaluddin - Menteri Belia & Sukan (Menteri Pembangunan Sosial, Belia dan Sukan)

Khairy Jamaluddin - Menteri Belia & Sukan (Menteri Pembangunan Sosial, Belia dan Sukan) | Sukan bolasepak Malaysia sekarang menuju zaman kegemilangan setelah sekian lama diselubungi kontroversi jual beli permainan dan rasuah serta bookie. Setiap kali perlawanan dijalankan, stadium penuh sesak dengan sokongan dan sorakan penonton.

Sehubungan dengan itu, sesuai dan kena dengan masanya PM melantik tenaga muda untuk menerajui dunia sukan di Malaysia. Berdasarkan kejayaan BN dalam PRU 13 yang lalu, Khairy Jamaluddin di lantik menerajui kementerian belia dan sukan.

Untuk makluman, Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 yang telah berlangsung pada 5 Mei lalu menyaksikan keputusan kemenangan Khairy Jamaluddin di kerusi parlimen Rembau dengan majoriti 18,357 berbanding PRU12 sebanyak 5,746 sekali gus mengekalkan kerusi disandang beliau sejak sepenggal lalu.



Biodata Khairy Jamaluddin


Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976. Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Dato'Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid. Bapa Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Dato'Jamaluddin Abu Bakar merupakan bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom. Manakala ibunya Dato' Rahmah merupakan seorang sukarelawan. Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau yang juga datuk kepada khairy. Selain itu,Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Mona Jamaluddin dan Hana Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah.

Latar Belakang Pendidikan

  1. Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). 
  2. 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. 
  3. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. 
  4. Pada tahun 2004-2006 Khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan. 

Untuk mengikuti perkembangan terkini dan pandangan peribadi Khairy Jamaluddin, anda boleh layari blognya di: http://www.rembau.net.my/

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close