Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Kismis Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Kismis Untuk Kesihatan | Buah kismis biasanya dimakan oleh anak-anak kita yang mula bersekolah kerana khasiatnya yang dapat menajamkan ingatan serta bagus untuk otak mereka. Sedikit info buah kismis ini iaitu kismis adalah anggur yang telah dikeringkan. Kismis dihasilkan di banyak tempat di seluruh dunia. Kismis boleh dimakan secara mentah ataupun digunakan dalam masakan atau dibakar.

Di United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, dan Kanada, disebut "raisin" yang mana Bahasa Inggeris merujuk kepada anggur hitam bersaiz besar yang telah dikeringkan.

Khasiat Buah Kismis Untuk Kesihatan

1. Merawat gigi

Kismis ini memiliki kandungan oleanolic acid yang berguna untuk gigi dari masalah reput dan kerosakan. Selain itu, zat ini dapat melawan bakteria yang ada dalam mulut. Bakteria inilah yang menyebabkan mulut berbau.

2. Mengubati sembelit

Masalah sembelit terjadi karena masalah tubuh yang kekurangan serat. Sedangkan kismis merupakan makanan yang mempunyai banyak serat, sehingga dapat mengubati penyakit ini dan semakin melancarkan pencernaan.

3. Mengatasi anemia

Memiliki zat besi dan vitamin B yang lengkap, sehingga menjadikan buah ini dapat menambah jumlah darah di dalam tubuh. Sehingga tubuh tidak akan mengalami anemia.

4. Mencegah kanser

Dalam buah ini terdapat polyphenolic, zat antioksidan yang berguna dalam melawan radikal bebas yang menjadi punca kanser. Kismis sangat baik untuk melawan dan mencegah kanser usus yang selalu menjadi musuh pencernaan.

5. Merawat mata

Manfaat Fitonutrien dan antioksidan dalam buah ini menjadikan mata terlindung dari bahaya.

6. Tulang yang kuat

Kismis merupakan buah yang memiliki kandungan zat besi dan kalsium. Sangat baik untuk tulang. Wanita yang terkena menopause akan mengalami berkurangnya kalsium dan dapat terkena osteoporosis, untuk itu mereka disarankan memakan buah yang dikeringkan ini.

7. Mencuci perut

Faedah kismis untuk kesihatan yang lainnya adalah dapat membersihkan pencernaan yang kotor. Serat dalam buah ini dapat menghilangkan racun dan bahan-bahan yang tak diperlukan tubuh. Walaupun kecil namun kismis merupakan buah yang sangat bermanfaat, buah ini juga dapat disajikan untuk kuih, taburan salad, dan lain-lain.

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close