loading...

Khasiat Buah Mata Kucing

aynora nur | 28 June, 2013,12:20 PM |
Advertisement

Khasiat Buah Mata Kucing | Buah mata kucing berbentuk bulat kecil, kulitnya berwarna perang cerah dan isinya putih jernih. Bijinya keras berwarna hitam. Biasanya buah mata kucing memiliki rasa yang manis dan dipercayai mengandungi zat dan nutrien, antaranya serat, karbohidrat, protein, lemak, lukosa dan sukrosa. Selain itu, buah mata kucing juga mengandungi vitamin A, B dan C.

Pokok Mata Kucing


Khasiat Buah Mata Kucing


1) Menambah tenaga

Salah satu kandungan buah mata kucing adalah karbohidrat. Karbohidrat dikenali sebagai sumber tenaga kita dan dapat meningkatkan stamina kerana ia banyak mengandungi sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asam tartaric. Oleh kerana itu buah ini juga baik untuk ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin, tetapi dalam jumlah yang tidak berlebihan.

 



2) Mengubati penyakit berkaitan perut dan tubuh 

Buah mata kucing boleh dijadikan ubat untuk sakit perut yang berfungsi untuk pencernaan, mengurangkan suhu badan khususnya ketika demam dan membunuh cacing di dalam perut. Selain itu, ia juga sebagai penawar racun. Air daripada isi buah mata kucing yang dikeringkan merupakan penyegar dan ubat untuk insomnia, kelelahan kronik, perasaan lemah, dan tidak ada nafsu makan.

Sewaktu udara kotor dan musim jerebu ini, sesekali saya beli buah mata kucing sebagai penawar kesihatan terutamanya mengawal suhu badan.

Selamat membaca dan jagalah kesihatan diri.   
#Inspirasi Wanita❤:
Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali, ;) :) kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA..
Tag : Khasiat Buah

Aynora Nur seorang blogger part time di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis. • Daily PV : 35,000 - 45,000 Info lanjut di about me ...
 

USERS
11 Komen untuk "Khasiat Buah Mata Kucing "

salam, alahai teringin la pula tengok buah mata kucing ni ermmmmm....

yummmylicious... lama dah tak makan buah mata kucing...

thanks for sharing...buah mata kucing sangat sedap

teringin ke? meh lah ada setangkai kat sini..hihi

lama tak makan tak apa, yg penting rupanya masih ingat. betul tak Farah?

Dh lama xmkn buat mata kucing... tetiba rasa cam nak pi beli...Heee
btw, thanks for the info...

welcome...pi la beli, nanti terliur

nak amik info kongsi dalam blog anis ya :) nnti singgah la kat http://sukasukianiss.blogspot.com/

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Buat Duit Blog
Back To Top