Enter your keyword

24 June, 2013

Menu Sihat Dan Ringkas Di Bulan Ramadhan

Menu Sihat Dan Ringkas Di Bulan Ramadhan | Sewaktu berpuasa badan kehilangan banyak air dan kita digalakkan mengambil makanan yang bersesuaian di sepanjang bulan ramadhan samada sewaktu berbuka ataupun bersahur. Jika tidak, badan akan berasa lesu, letih dan tiada semangat melakukan kerja. 

Untuk kekal cergas di sepanjang bulan ramadhan, kita digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan mengurangkan makanan yang berminyak atau bersantan.


kurma - makanan penuh serat

Menu Sihat Sewaktu Berbuka

  1. Air - Segelas air minuman yang manis
  2. Kurma - beberapa biji kurma. 
  3. Buah-buahan  - betik atau pisang
  4. Produk bijirin dan bijian  - seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).
  5. Makanan yang mengandungi serat - gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.

Menu Sihat Sewaktu Bersahur

  1. Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen) - Seperti lobak merah & sederi
  2. Karbohidrat - seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat), produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur.
  3. Makanan banyak protein - daging, terutama sekali dari resepi ikan.  
  4. Kurma - khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
  5. Air suam  
Selain daripada itu, kita boleh juga mengambil nasi berlauk tetapi lebih elok jika dimakan bersama ulam-ulaman. Jika teringin makan makanan bersantan ataupun banyak minyak, ambil dalam kuantiti yang sederhana dan sesekali dalam seminggu.

Semoga menu sihat ketika berbuka dan bersahur di atas dapat memberikan kebaikan kepada kita semua. 

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.