Petua Merawat Ketiak Hitam

Tudung kanak-kanak
Petua Merawat Ketiak Hitam | Setiap orang menginginkan tubuh badan yang bersih dan sihat. Tetapi, tidak semua boleh memiliki tubuh yang sempurna. Ada sesetengah tubuh badan kita mengalami masalah bau yang sering dipandang serong. Ada juga mengalami masalah ketiak hitam.

Di sini saya kongsikan petua secara tradisi yang digunakan untuk memutihkan bahagian ketiak yang hitam.

Kebersihan Keluarga Mesti Diutamakan

Petua Merawat Ketiak Hitam 

1) Buah Lemon
Lemon sangat bermanfaat menghilangkan warna hitam dan dapat membuat warna kulit ketiak menjadi putih. Caranya cukup mudah dengan memotong buah lemon menjadi 2, kemudian gosokanlah ke ketiak setelah mandi. Biarkan selama 10 minit. Bersihkan dengan air suam.

2) Limau Nipis dan Kapur Sirih
Limau nipis dan kapur sirih memang di percayai dapat memutihkan kulit ketiak, caranya juga sama seperti memakai lemon iaitu sapukan limau nipis dan campurkan dengan air kapur sirih ke kawasan ketiak selepas mandi.

3) Kentang
Selain mempunyai khasiat yang baik untuk memutihkan kulit wajah, kentang juga dapat membersihkan dan memutihkan kawasan ketiak yang hitam. Caranya sangat mudah, parut kentang kemudian hasil parutan tersebut sapukan ke ketiak, tunggu 10 minit hingga rasa kering, kemudian bersihkan dengan air suam.

4. Bersihkan Sisa Bedak Dan Deodorant
Bersihkan sisa-sisa bedak dan deodorant dengan memakai sabun ketika mandi, dan jangan memakai deodorant ketika bulu ketiak lebat. Ini kerana ia semakin membuatkan warna hitam pada ketiak. Sebaiknya cukur dulu bulu ketiak hingga bersih.

5. Gunakan Minyak Kelapa dan Kulit Limau
Kelapa banyak mengandung Vitamin E yang berguna untuk memutihkan bahagian ketiak yang hitam. Caranya, gunakan titisan minyak kelapa yang di campur dengan kulit limau kemudian sapukan pada ketiak yang hitam. Lakukan setiap hari selama 2 minggu.

Semoga kita semua dapat menjaga kebersihan diri dengan cara yang semulajadi seperti yang dikongsikan di atas.

Selamat mencuba. 

3 comments:

  1. ade juga alternatif lain untuk memutihkan ketiak hitam,, lihat disini: https://www.facebook.com/pages/Red-Pomegranate-Whitening-Lotion-Cleanser/499077356832514?ref=hl

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.