Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Putera William Bakal Raja Britain Berdarah India

Putera William Bakal Raja Britain Berdarah India | Putera William akan menjadi raja Britain pertama yang memiliki darah keturunan India.


Analisis terbaru DNA membantu penyelidik membuktikan keturunan nenek moyang Duke of Cambridge, Eliza Kerwark ada mewarisi darah India. Eliza yang juga yang memiliki susur galur kepada ibu William dan Harry, Puteri Diana selama ini dipercayai berasal dari Armenia.

Bagaimanapun, ujian terbaru terhadap sampel air liur diberikan keturunannya, termasuk ibu saudara Diana menunjukkan Eliza sekurang-kurangnya mempunyai separuh darah India. Penemuan itu kelihatannya menjadikan William pewaris kedua takhta, bakal ketua negara Komanwel pasti melonjakkan popularitinya di kalangan 1.1 bilion penduduk India.

Dia belum lagi mengunjungi negara itu, tetapi ibu bapanya, Charles dan Diana pernah melawat India pada 1992 dengan aksi Diana duduk bersendirian di depan Taj Mahal. William dan isterinya, Kate Middleton digalakkan melakukan kunjungan ke India selepas kelahiran anak pertama mereka bulan depan.

Penyelidik sebelum ini menjejaki salasilah keluarga Diana kepada enam generasi hingga pada Eliza Kerwark yang dilahirkan di barat India sekitar 1790 dan dipercayai berkahwin dengan pedagang Scotland Theodore Forbes pada 1812.

Bapa Eliza ialah pedagang Armenia, tetapi tiada rekod mengenai ibunya. Kini analisis genetik menunjukkan bahawa ibu Eliza pastinya berketurunan India. Ibu saudara Diana, Mary Roach, seorang daripada penyumbang DNA berkata: “Saya selalu menyangka saya berketurunan separuh Armenia, jadi saya gembira kerana saya juga memiliki darah keturunan India.”

*Sumber - Daily Mail, HarianMetro

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close