Cara Berhenti Merokok

aynora nur | 31 July, 2013,4:09 PM |
Advertisement
Cara Berhenti Merokok - Rokok membahayakan kesihatan. Hampir 4.6 juta perokok di Malaysia dan 8 peratus daripadanya adalah golongan remaja. Nampak tak figure yang saya tulis tu, banyak kan? Sebab itu negara pengeluar tembakau semakin kaya. Menurut kajian Pusat racun negara beberapa tahun lalu, menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus.



Cara Berhenti Merokok

Tanamkan azam untuk berhenti merokok

Jika pada awal tahun kita cipta pelbagai azam tahun baru, mengapa tidak kita selitkan salah satu azam untuk berhenti merokok. Setelah wujud semangat tinggi maka berpeganglah dan berdisplin mematuhi azam tersebut.

Berhenti merokok secara berperingkat

Sesuatu benda yang telah jadi tabiat memang sukar untuk dibuang. Begitu juga dengan orang yang merokok. Buat secara berperingkat dan perlahan-lahan tetapi dengan usaha yang berterusan.

Kenalpasti waktu anda kuat merokok

Biasanya perokok akan menghisap rokok sebaik sahaja mereka selesai makan. Kadangkala perokok akan melakukannya ketika berasa stress, membuat kerja yang memerlukan daya fikir yang tinggi dan banyak keadaan lagi. Jadi, untuk menghindari ketagihan tersebut, sediakan gula-gula ataupun buah-buahan yang mudah dimakan seperti epal atau limau.

Tahan keinginan untuk merokok

Ketika keinginan untuk merokok datang secara tiba-tiba, cuba bayangkan anda berada di kawasan larangan merokok. Ataupun, hormati dan sayangi ahli keluarga dan anak kecil di sekeliling anda!

Lakukan rutin senaman harian

Dengan bersenam juga dapat menghindari ketagihan merokok. Lakukan senaman secara rutin terutamanya pada ketika anda menghadapi tekanan yang banyak daripada kerja ataupun masalah-masalah lain.

Sokongan daripada rakan dan keluarga

Keluarga dan rakan terdekat adalah golongan yang amat berpengaruh dalam hidup kita. Dapatkan sokongan dan kata-kata motivasi daripada mereka agar hidup anda lebih ceria tanpa rokok!

Dapatkan nasihat pakar

Akhir sekali, dapatkan nasihat daripada doktor dan orang yang benar-benar pakar bagi mengatasi masalah anda. Katakan yang anda berazam mahu berhenti merokok. In sha Allah mereka akan membantu dengan memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi.

Ingatlah, rokok adalah pembunuh nombor satu di dunia!
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Berhenti Merokok"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top