Ciri-Ciri Sahabat Sejati

Tudung kanak-kanak
Ciri-Ciri Sahabat Sejati - Sahabat sejati sukar dicari terutamanya dalam zaman serba pantas ini. Jikalau kita memperoleh kawan pun sudah cukup daripada disisihkan oleh rakan-rakan. Hidup tanpa kawan atau sahabat membuatkan jiwa kita sunyi. Kita perlukan kawan atau sahabat untuk mengadu nasib dan bergurau serta membuang tekanan dalam sesuatu hal. Pada pendapat saya, kawan atau sahabat masih relevan dalam zaman siber ini!



Ciri-Ciri Sahabat Sejati



Menurut Luqmanul Hakim, ciri-ciri sahabat sejati seharusnya bersifat begini:-

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.

2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.

5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, maka maka ia akan berupaya menutupinya.

7. Jika kau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.

8. Jika kau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu.

10.Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika kau merancang sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rancangan tersebut.

12.Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau perselisihan faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan itu.


Jaga hati sahabatmu...

2 comments:

  1. moga kita jadi sahabat sejati kpd semua org... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan masih ada sahabat seperti di atas..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.