Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Kampung Girl Dalam Slot Zehra TV3

Drama Kampung Girl Dalam Slot Zehra TV3 | Selesai sudah tayangan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia dan kini slot Zehra diganti dengan drama adaptasi novel karya ummi Kalsom berjudul Kampung Girl. Saya ada juga mengikuti e-novel tersebut di blog penulisnya dan bagi saya ia sebuah novel yang klise tetapi menarik!

Pernah saya katakan bahawa semua kisah dan tema kehidupan sememangnya begitu cuma watak-wataknya yang berbeza!



Sinopsis Drama Kampung Girl 


Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf. Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.

Antara barisan pelakon dalam drama ini ialah Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Akma, Hilal Azman, Fikhree Bakar, Shafiq Kyle Dan Emma Maembong.

Tarikh Siaran : Setiap jumaat : 9:00 malam. 


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close