Golongan Orang Yang Harus Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

Golongan Orang Yang Harus Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan | Kita semua yakin dan percaya bahawa islam agama yang sederhana dan tidak memberatkan umatnya. Jika kita tidak mampu berpuasa, kita diharuskan untuk berbuka puasa tetapi wajib diqada' (ganti) puasa tersebut apabila telah sihat dan berkemampuan nanti.



Golongan Orang Yang Harus Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan


1. Orang yang ditimpa sakit yang boleh memudaratkan diri sendiri
2. Orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh
3. Orang yang bermusafir melebihi 2 marhalah
4. Orang yang tersangat lapar@ dahaga yang membahayakan dirinya
5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
6. Perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya@ kandungannya
7. Perempuan menyusukan anak untuk menjaga kesihatan diri @ anaknya
8. Orang yang melakukan pekerjaan berat

Namun begitu, kita janganlah ambil kesempatan untuk tidak mahu berpuasa sedangkan ada alternatif lain yang membolehkan kita mengatasi sesuatu masalah yang disebutkan di atas. Selagi kita berdaya dan mampu, berpuasalah seikhlas hati.

Puasa zahir dan batin di siang hari semoga hidup sentiasa diberkati.

2 comments:

  1. Makasih dan Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.