Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh Mengikut Sunnah

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh Mengikut Sunnah  | Kebanyakan daripada kita sukar untuk bangun pagi, apatah lagi mandi awal pagi sebelum subuh. Sudahlah mandi di pagi hening, kemudian gunakan air sejuk, tak guna heater pun. Anda berani? Saya bukan nak cakap banyak, tetapi semenjak saya tahu kebaikan mandi sebelum subuh, saya memang lakukannya hampir setiap hari.

Secara tak sengaja saya tergolong dalam golongan yang mandi sebelum subuh. hihi..

Nabi s.a.w mandi pagi sebelum solat subuh, 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari. Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.




Kebaikan Mandi Sebelum Subuh Mengikut Sunnah 


1. Melancarkan perjalanan darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. 

2. Kulit lebih halus dan lembut

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

3. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

4. Meningkatkan sel darah putih dalam tubuh

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

5. Mengurangkan ketegangan dan migraine

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Apa yang disenaraikan di atas adalah hasil bacaan saya daripada sebuah majalah wanita. Jika mahu baca penerangan lanjut, bolehlah belek-belek majalah tersebut di pasaran.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah..sentiasa jadi amalan..

    ReplyDelete
  2. Tqvm dengan info yang menarik dan patut menjadi amalan....Kerja kat Kl selalunya bangun seawal 4.30am..Pukul 5 dah gerak...Biasa sembahyang Subuh kat KLCC...Duduk Shah Alam dan kerja kat Kl memang kena mandi awal pagi.....

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close