Lailatul Qadar Malam Terbaik Daripada Seribu Bulan

aynora nur | 30 July, 2013,7:45 AM |
Advertisement
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar - Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar? Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. (Sumber wikipedia)




10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr; Ayat 1-5)

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW lailatul Qadar adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Ada terdapat beberapa pendapat mengenai bilakah malam lailatul qadar berlaku? Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari-berikut:-

  1. Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan 
  2. Isnin - 21 Ramadhan 
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan 
  4. Khamis - 25 Ramadhan 
  5. Sabtu - 23 Ramadhan 
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda-tanda Lailatul Qadar

  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas 
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat 
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Pendapat para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Lailatul Qadar Malam Terbaik Daripada Seribu Bulan "

Semoga kita semua melebihkan amalan. banyak masjid2 ada membuat qiamullail dan pelbagai aktiviti pada 10 malam terakhir ini, bagus ambil peluang ini sebaiknya.

memang kena tingkatkan amalan pada 10 malam terakhir ini.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top