Enter your keyword

02 July, 2013

Mesir Selepas Kejatuhan Hosni Mubarak

Mesir Selepas Kejatuhan Hosni Mubarak | Apa sudah jadi dengan Mesir? Kebelakangan ini rusuhan, mogok, perhimpunan anti kerajaan dan bermacam-macam peristiwa pemberontakan berlaku di Mesir. Mengapa tragedi ini semua terjadi? Apakah puncanya? Salah siapakah sebenarnya pemberontakan demi pemberontakan terjadi di bumi Kaherah itu?



Daripada sumber wikipedia, nama sebenar Hosni Mubarak adalah Muhammad Hosni Sayyid Mubarak dan dilahirkan pada 4 Mei 1928. Beliau adalah Presiden Mesir yang ke-4 antara tahun 1981 dan 2011.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak merupakan seorang komander dalam Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat pada 1975, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak merupakan presiden paling lama memerintah Mesir sejak Muhammad Ali Pasha.

Beliau mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi Mesir 2011. Pada 13 April, seorang pendakwa mengarahkan bekas presiden itu dan dua anak lelakinya ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat mengenai tuduhan menyogok dan menyalahgunakan kuasa.

Keluarga Hosni Mubarak

Suzanne Mubarak isteri kepada Presiden Hosni Mubarak adalah wanita Mesir pertama dan anak perempuan seorang doktor Mesir dan seorang jururawat Welsh, Lily May Palmer, anak seorang pengurus Colliery bernama Charles Henry Palmer. Lily May dibesarkan di Pontypridd, Glamorgan di Wales.

Ibu Suzanne pernah bekerja sebagai jururawat terlatih sebagai pakar kanak-kanak Mesir di utara London apabila dia bertemu dengan Hosni dan kemudian berkahwin pada usia 29 tahun. Wanita yang mempunyai darah barat ini telah banyak mempengaruhi hubungan Presiden Mubarak dengan Barat. Nenek Suzanne adalah nenek saudara kepada Jihan Sadat. Suzanne Mubarak dilahirkan di Al Minya Governorate, yang terletak di Sungai Nil selatan Kaherah.

Hosni dan Suzanne mempunyai dua orang anak, Alaa dan Gamal. Anak yang sulung bernama Alaa tidak berminat dengan politik dan hidup secara sederhana. Manakala Gamal, membesar seperti ayahnya dan mempunyai cita-cita besar untuk menjadi presiden Mesir satu hari nanti.

Selain berpolitik, Gamal juga adalah seorang pelabur terlatih dengan ijazah daripada American University di Kaherah. Dia pernah bekerja dengan Bank of America di Egypt dan London. Isteri Gamal bernama Khadiga, dan lebih muda 20 tahun darinya. Mereka tinggal di rumah lima tingkat di kawasan elit pinggir bandar Knightsbridge, Kaherah.

Mesir Selepas Kejatuhan Hosni Mubarak 


1) Mesir tetap terkurung dalam proses peralihan politik yang berlarutan selepas perletakan jawatan pemimpin paling lama berkhidmat iaitu Hosni Mubarak pada Februari 2011. Calon daripada Muslim Ikhwan Mohammed Morsi menang pilihanraya presiden pada bulan Jun 2012, tetapi tentera masih mengekalkan kuasa yang agak besar dalam pentadbiran.

2) Parlimen pertama Mesir yang dipilih secara demokratik akhirnya dibubarkan pada bulan Jun 2012, meninggalkan negara ini tidak berparlimen dan tidak berperlembagaan. 

3) Ketidaktentuan politik dan kebimbangan ke atas masa depan Mesir telah meningkatkan protes politik yang berterusan, mogok buruh, ketidakpercayaan yang mendalam di antara parti-parti Islamik dan sekular serta ketegangan antara penduduk Muslim-Kristian di beberapa bahagian di negara itu. Keganasan dan aktiviti-aktiviti jenayah telah meningkat.

4) Pada penghujung tahun 2012, pemberontakan aman mula tercetus menentang pemerintahan Presiden Morsi. Pergolakan bermula menjadi ganas pada 24 Januari lalu di Kaherah pada malam ulang tahun kedua revolusi dan mula merebak ke beberapa bandar lain.

5) Demonstrasi terkini yang berlaku mengakibatkan ratusan orang cedera. Keadaan tidak menentu di negara itu semakin memuncak. Dilaporkan ribuan peserta demonstrasi yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, mendesak Presiden Mohamed Morsi meletak jawatan manakala ribuan penyokong Morsi berhimpun di Nasr City yang terletak bersebelahan untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan.



6) Rakyat Mesir yang keluar melancarkan protes untuk perletakkan jawatan Presiden Mohamed Morsi, kini mencecah 17 juta. Menurut kementerian dalam negeri negara itu, jumlah itu membabitkan kedua-dua penentang dan penyokong kerajaan. Kementerian dalam negeri memaklumkan jumlah pembangkang jauh lebih rendah iaitu 3 juta orang. Ia termasuk sejuta penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Tahrir di Kaherah.



7) Presiden Mesir sekarang, Mohammed Morsi mengaku melakukan kesilapan pada tahun pertama menjadi presiden. Di sebalik kelemahan itu, beliau menyeru pembangkang supaya menggunakan platform pilihan raya bukannya bantahan untuk menukar kerajaan. Kenyataan berkenaan dibuat berikutan ancaman terbaru seterunya untuk mengadakan tunjuk perasaan bagi menjatuhkannya. Namun begitu,

Kini, dari sehari ke sehari keadaan keselamatan di Mesir semakin merosot. Ekonomi lumpuh di beberapa bandar besar yang terlibat dengan penunjuk perasaan. Sepatutnya, presiden Mesir yang baru sejak awal lagi mengambil langkah bijak mengatur demokrasi di negara timur tengah itu. Kesan daripada tekanan dengan pemerintahan Hosni Mubarak, rakyat Mesir sebenarnya mahukan agar kerajaan yang baru mendengar suara mereka. 

Suara rakyat mencerminkan kerajaan yang dipilih. Suara rakyat seharusnya menjadi tulang belakang kejayaan era Mesir baru setelah berabad di perintah oleh rejim Hosni Mubarak.  

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.