Panduan Mengurangkan Berat Badan

loading...
Panduan Mengurangkan Berat Badan - Berat badan yang berlebihan menyusahkan diri sendiri dan dalam sesetengah perkara boleh menyusahkan orang lain pula. Kita digalakkan untuk bersederhana dan cuba mengawal berat badan untuk hidup yang lebih sihat. (Peringatan untuk diri sendiri juga...)



Panduan Mengurangkan Berat Badan

  1. Makan tiga hidangan yang lengkap setiap hari, tetapi jika anda mempunyai keinginan untuk mengunyah ambil sedikit lobak merah, timun atau buah jambu.
  2. Minum banyak air sepanjang hari, ia membantu anda berasa lebih kenyang.
  3. Jangan makan dengan laju. Anda akan makan lebih sedikit dan lebih menikmatinya.
  4. Makan lebih sayuran dan buah-buahan.
  5. Daripada menggoreng, gunakan cara masakan yang lain seperti rebus, panggang, kukus, salai dan membakar. Cara ini anda tidak memerlukan banyak minyak.
  6. Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak dan lemak.

Selamat berusaha ...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.