Resepi Jemput-Jemput Rangup Ringkas

Mungkin ada antara kita yang tak suka makan jemput-jemput. Mungkin pada anggapan mereka yang tidak suka jemput-jemput, makanan ini tak ada class! Tapi bagi kami sekeluarga, makan jemput-jemput umpama satu sentimental memory...tak tahu mengapa?

Daripada dulu hingga sekarang, kami tetap buat jemput-jemput dan makan jemput-jemput. Kadang-kadang, tidak perlu sebab untuk kita suka makan sesuatu, just eat it!

Resepi Jemput-Jemput Rangup Ringkas

Bahan-bahannya:

  • Tepung gandum (anggaran 4 cawan)
  • Sedikit soda bikabonat (kalau banyak sangat nanti rasa pahit sedikit)
  • 2 biji bawang merah sederhana besar
  • Daun sup/seleri/sederi
  • 2 batang cili merah
  • Ikan bilis (ikut suka)
  • Air
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

1) Hiris bahan-bahan seperti daun sup/sederi, ikut suka banyaknya.

 

2) Bawang merah pun dihiris, anggaran 2 biji sederhana besar

 

3) Campurkan semua bahan hirisan di atas ke dalam tepung gandum. Tambahkan sedikit soda bikabonat. Gaulkan dengan air yang telah dicampur dengan garam secukup rasa. Masukkan sedikit ikan bilis sebagai penambah perasa. Jangan lupa masukkan juga hirisan cili merah tadi. Gaul hingga sederhana cair.

 

4) Kemudian, panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng. Guna hujung sudu untuk mendapatkan saiz jemput-jemput yang cute dan comel. Guna tangan lagi bagus. Angkat jemput-jemput yang sudah berwarna coklat kekuningan. Sedia di makan. Okey! Ringkas tak?


5) Gambar jemput-jemput rangup saya yang sudahpun langsai...hihi. Selamat mencuba.


2 comments:

  1. wah.. sedapnya... rajin dia memasak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MESTI KENA RAJIN, ADA 3 HERO YG SUKA MAKAN, HIHI

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.