Daun Kari Dan Khasiatnya

aynora nur | 24 August, 2013,2:00 PM |
Advertisement
Daun Kari Dan Khasiatnya - Kebanyakan orang melayu menggunakan daun kari dalam masakan kari, membuat maruku, menggoreng ayam berempah dan juga pada sesetengah masakan lain. Namun begitu, terdapat banyak lagi kegunaan dan khasiat daun kari yang kita boleh dapati dengan membaca artikel ini selanjutnya.

Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Daun Kari Dan Khasiatnya





1. Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.

2. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. 

3. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. 

4. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. 

5. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. 

6. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. 

7. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Petua dari kaum India:
Untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun kari ini setiap hari sama ada pucuknya untuk dibuat ulam atau daunnya yang tua dicampur dengan banyak dalam gulai kari.

Lain-lain Khasiat Daun Kari

1. Daun kari bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat daun kari baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat daun kari dapat mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.
8. Membantu menguatkan perut, meningkatkan keupayaan badan dan mengatasi masalah penghadaman.
9. Dapat menyembuhkan cirit birit dan berak berdarah @ buasir.
10. Mengatasi masalah pening dan loya bagi ibu2 yang hamil dan akibat pengambilan makanan berlemak yang terlalu banyak.
11. Daun kari dapat mencegah @ melambatkan uban di kepala.
12. Baik untuk melancarkan peredaran darah.
13. Daun kari yang ditumbuk halus boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan menampalkannya pada bahagian yang berkenaan


Daun kari memang berkhasiat terutamanya bagi anggota tubuh yang terkena gigitan serangga. Ia adalah antara perubatan alternatif yang mudah diperolehi pada setiap rumah. Diharap dengan sedikit perkongsian di atas ia boleh memberikan kita pelbagai pilihan sebagai perubatan atau perasa dalam makanan.  
Tag : Info, Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Daun Kari Dan Khasiatnya"

bnyk sebenarnya khasiat tumbuh-tumbuhan ni. nice entry, thanks sharing :)

bykye khasiatnya tapi fae agak memilih kalo masakan kari ne hehe.

Pucuk daun kari sedap dibuat ulam mentah... Wangikan badan juga..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top