Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kemalangan Maut Terburuk Malaysia Di Laluan Genting Sempah 37 Maut

Kemalangan Maut Terburuk Malaysia Di Laluan Genting Sempah 37 Maut - Dalam keseronokan kita menyambut aidil fitri dan bergembira bersama keluarga, ada lagi berita menyedihkan yang menimpa orang lain. Dalam jam 2:45 petang 21 Ogos 2013, sebuah bas ekspres yang membawa 52 penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di laluan Genting Sempah Genting Highlands.

Berita selanjutnya...

Kemalangan Maut Terburuk Malaysia Di Laluan Genting Sempah 37 Maut



Tajuk muka depan akhbar Harian Metro


Fakta yang menimbulkan trauma kepada seluruh rakyat Malaysia


Gambaran pelukis bagaimana bas ekspres itu boleh terjunam ke dalam gaung dan menyebabkan 37 orang maut.




KUALA LUMPUR – Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

Setakat ini 37 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.

Bas itu dipercayai membawa 52 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara. Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu bas untuk mengawal bas berkenaan sehingga merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merupakan antara kenamaan yang terawal tiba memantau operasi menyelamat.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

p/s: Semoga mangsa yang tercedera masih boleh diselamatkan....

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang :

5 Mac 2012 – Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Oktober 2010 – Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 September 2010 – Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008
– Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 November 2006 – Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 November 1999 – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Disember 1996 – Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 – Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. – Bernama


Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. takziah utk semua mgsa..peringatan untk semua juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu berhati-hati di jln raya, kemalangan tak berbau

      Delete
  2. malang tak berbau . banyakkan baca doa dlm perjalanan ...

    ReplyDelete
  3. HI nama Rita saya, dari Kanada saya mahu anda
    semua untuk membantu saya dalam mengucapkan
    terima kasih kepada DR smith yang membantu
    saya dengan masalah saya. Saya dan suami saya
    telah berkahwin selama lapan tahun sekarang, kita
    hidup bahagia sebagai pasangan yang baik
    sehingga seorang rakan saya membikin pada
    suami saya. beliau meninggalkan saya dan
    keluarga, dia tidak mahu melihat saya di semua
    kerana dia adalah di bawah ejaan. ia kini
    mendapat enam bulan sejak suami saya
    meninggalkan saya dan saya kecewa dan tidak
    tahu apa yang perlu dilakukan sehingga saya
    bertemu ini bedak ejaan yang besar dalam talian,
    saya beritahu dia masalah saya dan dia memberi
    saya empat hari jaminan bahawa dia akan datang
    kembali kepada saya. Dia membantu saya
    memecahkan musim yang kasta pada suami saya
    dan terkejut besar saya hari keempat suami saya
    datang mengetuk pintu saya dan saya mohon
    ampun. sekali lagi terima kasih DR smith, jika
    anda di sana dan anda menghadapi apa-apa
    kesukaran seperti 1) mahu promosi dalam apa-apa
    yang anda lakukan 2) yang ingin mendapatkan
    wang yang baik 3) Kejayaan dalam perniagaan 4)
    penyelesaian rohani 5) menang kes mahkamah 6)
    mahu perceraian 7) perlu bentuk abadi
    perlindungan 8) mahu menjadi kaya 9) mahu
    berada dalam kawalan anda perkahwinan 10)
    mahu menarik kepada orang-orang 11)
    BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT ANDA DAPAT
    KEHAMILAN 12) CARA DAPATKAN EX ANDA SUAMI
    DAN ISTERI KEMBALI 13) BAGAIMANA UNTUK
    MENANG LOTERI ANDA 14) PROMOSI Eja 15)
    PERLINDUNGAN Eja 16) BUSINESS Eja 17) Eja
    KERJA BAIK 18) penawar untuk penyakit apa-apa
    jenis, anda boleh menghubungi beliau melalui pos
    mengenai smithjamesdsolution@gmail.com

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close