Khasiat Buah Jambu Batu

aynora nur | 20 August, 2013,9:36 AM |
Advertisement
Khasiat Buah Jambu Batu - Baru-baru ini saya mendapat hampir 10 buah biji jambu batu secara percuma daripada kontraktor. Buah jambu batu tersebut berkulit hijau muda dan licin serta isinya berwarna putih dan kandungan bijinya amatlah sedikit. Kerana keadaan jambu batu itu hampir masak, ia amat mudah di potong dan manis rasanya.

Setelah kami sekeluarga menghabiskan 2 biji buah jambu batu dalam satu masa, kami dapati ia memudahkan untung membuang air besar. Jadi saya cuba google segala khasiat buah janbu batu untuk manfaat bersama.




Khasiat Buah Jambu Batu

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.

1) Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah, menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan berat badan, mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menaikkan sel darah putih dan merah, meningkatkan kadar sistem metabolisme, membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit, dan sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti.

2) Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yang baik. Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya. Jambu batu juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dari krim-krim kecantikan.

3) Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik. Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik. Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah. Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan. Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.

4) Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.

5) Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih. Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain.

6) Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

7) Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Khasiat buah jambu batu yang tersenarai di atas adalah sekadar panduan untuk kita bersama. Dengan khasiat yang ketara dalam jambu batu ini, ayuh dijadikannya sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan seharian kita. 

Ingatlah, kita adalah apa yang kita makan...bersederhanalah!
Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Khasiat Buah Jambu Batu"

thanks for sharing..mmg btol jamb sesuai utk yg berdiet..TB klu lapa mls nk mkn mlm just mkn jmbu..alhamdulillah knyg

saya pun sama, jambu batu sedap dimakan masa tengok tv anak beranak, menyihatkan pula..

Sy pngemar no 1 jmbu batu..tp lngsg x thu khsiat dia..taw mkn ja..haha..

tak apa, boleh baca info khasiatnya di atas..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top