Lawak Santai ~ Edisi 6

Tudung kanak-kanak
Sesekali hidup kita perlukan rehat dan suasana santai. Sebagai menyeimbangkan topik dan artikel serius dalam blog ini, saya menyiarkan cerita lawak santai sebagai hiburan semata-mata. Adakala hidup kita perlukan ketawa sebagai satu riadah minda. Selamat bersantai...hehe 
Lawak+Santai+aynoranur

Lawak Santai - Karipap Tiga Seringgit


Seorang murid di tanya oleh gurunya.
Guru: Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.
Murid: RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.
Guru: Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. Mungkin Amer tak faham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. 

Amer tetap memberi jawapan RM1
Guru: "Salah tu Amer,cuba kira betul-betul." Respon si guru dengan sabar
Murid: "Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata, kuih karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Guru itu hanya menggaru kepala.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.