Enter your keyword

30 August, 2013

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan 1 Dan 4 Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan 1 Dan 4 Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 - Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui portal rasmi telah memaklumkan permohonan secara online (dalam talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.


Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut


Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya di url http://www.sekolahmalaysia.com ataupun http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan

  1. Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan
  2. Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 hanya boleh memohon SBP sahaja
  3. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan
  4. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat

Tarikh Tutup

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013

Maklumat Lanjut:

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada,

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Aras 3, Blok 2251,
 Jalan Usahawan 1, 
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau

Telefon: 03 8321 7400 atau Faks: 03 8321 7403/ 7402

Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Semoga berjaya!

9 comments:

  1. semoga sukses permohonan Ke Tingkatan 1 Dan 4 Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 untuk adik-adik dan anak-anak yang memohon...

    ReplyDelete
  2. anak buah baru nak upsr tapi dah letak syarat x nak pi sekolah asrama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pukak? Tak mau jauh dari family ke?

      Delete
  3. Anak sy br lps menduduki exam upsr...keputusan exam percubaan 1a 3b 1c...sains b n math c..adakah dia blg memohon utk memasuki sbp

    ReplyDelete
  4. Anak saya br ps menduduki exam upsr...exam percubaan 1a 3b 1c..sains b math c...adakah anak sy layak utk memohon sbp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf puan. Tak cukup syarat 5A utk ke sbp

      Delete
  5. Anak saya bersekolah sjkc tp mengambil bm sk utk upsr 2013.percubaan dia mendpt 6a 1b dan b iaiah bhs cina penulisan. Adakah dia layak memohon sbp? Mengikut syarat minimum mestilah sek kebangsaan.tp sek bgtau sy dia layak sbb dia ambil bm sk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba saja dan submit borang dgn lengkap. Mengikut pengalaman saya jika syarat minina tlh dipatuhi, dan jika ada rezeki anak puan akan dpt tempat.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.