Sinopsis Drama Jodoh Itu Milik Kita | Saluran Astro Mustika HD

aynora nur | 04 August, 2013,8:06 AM |
Advertisement
Sinopsis Drama Jodoh Itu Milik Kita - Jodoh Itu Milik Kita menceritakan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.


Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.

Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.

Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya?

Info Jodoh Itu Milik Kita


Jodoh Itu Milik Kita, mulai 19 Ogos 2013, Isnin - Rabu, 10 malam.

Drama bersiri 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina) dan Heriyanto (Haikal).

Adaptasi novel karya Sara Aisha menjadi pilihan syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil untuk dipertontonkan ke kaca TV.

Sinopsis Belakang Buku/Novel :



Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!


“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia


Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!


“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz


Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Sinopsis Drama Jodoh Itu Milik Kita | Saluran Astro Mustika HD"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top