Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Penuh Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3

Sinopsis Penuh Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3 - Pelakon berbakat besar yang popular dengan Drama Setia Hujung Nyawa, Nellydia Senrose akan beraksi lagi dalam sebuah drama yang menarik dan agak dramatik. Jika dibaca daripada sinopsis Drama Cinta Jannah ini, ia  mengisahkan sikap prejudis sebuah keluarga terhadap kaum wanita.

Terus saksikan drama hebat Cinta Jannah ini untuk mengetahui kesudahannya.


Drama Cinta Jannah




Sinopsis Penuh Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3


Mengisahkan kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim).

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Drama Cinta Jannah akan menemui penonton dikaca televisyen mulai 14 Ogos 2013. Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3.

Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.

Sumber: Sinopsis Dan Pelakon Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3 | melvister.com

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close