Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Ke-56 | ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’

aynora nur | 09 August, 2013,11:30 AM |
Advertisement
Tema ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-56. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.



Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Jadi, apakah makna kemerdekaan pada anda?

Apakah cukup dengan kebebasan yang dicanang selama ini? Apakah kita hanya bisa melaung-laung dengan lantang perkataan merdeka tersebut tetapi tidak tahu pengertian disebaliknya. Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Logo Hari Kemerdekaan Ke 56 Malaysia



Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Menurut kenyataan KKMM, acara yang bermula pada jam 5 petang itu dimeriahkan dengan Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.

Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.

"Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang.

Kementerian itu berkata, 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my. - UTUSAN ONLINE

Sejarah ringkas kemerdekaan negara Malaysia 

Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.

Bertitik tolak daripada Perjanjian Persekutuan pada tahun 1948 itulah semangat orang melayu semakin membara untuk membebaskan negara daripada penjajah. Ini bermakna laluan sukar dan penentangan yang bertali arus hingga tanggal 31 Ogos 1957 telah menjadikan tanah melayu negara yang bebas dan berdaulat.



Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia

- Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak 

Logo-logo Hari Kemerdekaan Yang Lepas



Untuk maklumat selanjutnya, Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 | ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ dan logo-logo Hari Kemerdekaan yang lepas, boleh klik pada pautan berikut:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/196-logo-dan-tema-hari-kebangsaan.html 


Menjadi negara yang merdeka adalah satu kebebasan yang mutlak kepada rakyat sesebuah negara. Tetapi sebagai warganegara yang merdeka, kita harus menghayati apa yang diperlukan oleh negara terhadap setiap individu yang mengaku sebagai rakyat Malaysia yang telah matang dan bebas dari penjajahan minda. 

Oleh itu, mari bersama-sama kita memahami makna yang tersirat di sebalik Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 | ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’!    

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Ke-56 | ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ "

selamat menyambut kemerdekaan ke 56 ye

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top