Tips Memandu Di Lebuhraya

loading...
Tips Memandu Di Lebuhraya - Pada musim perayaan ini tentu ramai antara kita yang bakal menggunakan lebuhraya untuk menuju ke destinasi pilihan. Harus diingat, lebuhraya mungkin sesak apabila tiba waktu-waktu sebegini. Jadi tahap kewaspadaan mestilah berlipat ganda, betul tak?



Mari kita lihat tips memandu di lebuhraya untuk panduan kita bersama.

Tips Memandu Di Lebuhraya

1) Jangan memandu secara merbahaya.

Memandu secara berbahaya seperti mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat atau memotong dengan cara yang berbahaya boleh menyebabkan kemalangan. Sila jarakkan kereta anda mengikut peraturan yang telah diberitahu.

2) Pandu di lorong sebelah kiri sekiranya tidak memotong kenderaan lain.

  • Pastikan kenderaan anda sentiasa berada di lorong utama walaupun anda memandu pada kelajuan maksimum yang dibenarkan.
  • Tindakan anda memandu di lprong memotong bolah mengangu kenderaan lain yang menggunakan lorong utama untuk memotong kenderaan anda.
  • Sekiranya anda didapati menghalang kenderaan lain di lorong memotong,anda boleh dikenakan denda.

3) Pandu mengikut had laju yang telah ditetapkan

  • Had laju yang telah ditetapkan di lebuh raya ialah 90km/j dan 11km/j.
  • Memandu dengan terlalu laju boleh menyukarkan anda mengawal kenderaan.
  • Memandu terlalu laju memerlukan anda melihat lebih jauh ke hadapan.

4) Ketika memotong kenderaan lain di lebuh raya

  • Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memerhatikan kenderaan lain.
  • Apabila anda berasa selamat untuk memotong,beri lampu isyarat yang betul untuk memotong.
  • Setelah memotong,pastikan anda segera kembali ke lorong utama.

5) Jangan berhenti di lorong kecemasan

  • Lorong kecemasan hanya boleh digunakan ketika berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan.
  • Pastikan lampu isyarat kecemasan sentiasa dinyalakan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
  • Jangan memotong kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan walaupun berlaku kesesakan lalu lintas kerana ia akan merumitkn lagi kenderaan.
  • Lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan bantuan seperti Polis,Bomba dan Ambulans yang perlu segera sampai ke tempat kejadian.

6) Jangan memandu lebih dari dua jam tanpa henti

Ia akan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk. Kongsi pemanduan anda.Tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak rasa mengantuk.

7) Jangan memandu ketika mengantuk

Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedi. Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika. Boleh juga berbual-bual dengan isteri atau anak-anak bagi mengelakkan rasa mengantuk.


Tips Memandu di lebuhraya di atas adalah artikel yang saya ambil dari website ini dan saya olah semula agar mudah dibaca. Semoga ianya memberikan manfaat yang besar buat kita semua. 

1 comment:

  1. peringatan yang bagus untuk semua pihak...thanks dear...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.