6 Khasiat Buah Belimbing Buluh

aynora nur | 17 September, 2013,8:11 AM |
Advertisement
Khasiat Buah Belimbing Buluh - Belimbing buluh? Hmm...rasanya masam, bila teringat sudah cukup membuatkan rasa masa di seluruh lidah, itu belum lagi memakannya. Saya sudah biasa dengan belimbing buluh ni, di belakang rumah orang tua saya terdapat sebatang pokok belimbing buluh yang subur dan rendang, (gambah bawah).

Banyak ke khasiatnya belimbing buluh ni? Mesti kita tertanya-tanya hinggakan hampir di setiap rumah kampung pasti menanam pokok ini.


 

Khasiat Buah Belimbing Buluh

Belimbing buluh mengandungi asid amino, asid nitrat, fenolat, ion kalium, gula serta vitamin, mineral dan air. Buah ini juga banyak digunakan di dalam beberapa jenis perubatan alternatif.

Belimbing buluh boleh menambahkan perisa masakan dan dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan darat (ikan air tawar).

Berikut merupakan beberapa penyakit ringan yang boleh dirawat dengan resepi belimbing buluh.

1. Batuk

Jika anda tidak suka untuk mengambil ubat klinik atau hospital ketika batuk, anda boleh mencuba resepi belimbing buluh untuk merawatnya. Caranya cukup mudah. Sediakan 10 biji buah belimbing buluh yang segar dan cuci bersih. Kemudian, tumbuk halus dan tambahkan dua sudu besar air garam. Tapis air tadi dan minum dua kali sehari.

Ataupun, anda boleh cuba cara ini. rebus buah belimbing buluh ini dan minum dua kali sehari dapat memberi kelegaan.

2. Merawat Jerawat

Untuk mengusir jerawat yang timbul, cuba gunakan belimbing buluh pada wajah. Sediakan beberapa biji buah belimbing buluh yang segar dan tumbuk halus. Ramas bahan yang ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit jus limau nipis untuk digosok pada muka. Setelah beberapa minit, bersihkan dengan air yang mengalir. Amalkan setiap tiga kali sehari.

3. Panau

Jika anda memiliki masalah kulit seperti panau, gunakan belimbing buluh segar untuk menghilangkannya. Ambil 10 biji buah belimbing buluh, tumbuk halus dan tambahkan sedikit kapur sirih. Sapu pada kulit yang dijangkiti panau. Biarkan selama lima minit dan bersihkan dengan air.

4. Menurunkan tekanan darah

Untuk turunkan tekanan darah, ambil air perahan belimbing buluh yang ditumbuk dan minum sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

5. Melembutkan kulit 

Dikatakan belimbing buluh mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan dan sering di gunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit. Caranya; tumbuk lumat dan campur sedikit air, gosok perlahan di muka, biarkan sekejap saja dan bilas dengan air seperti biasa.

6. Mengurangkan kencing manis  

Dikatakan jus belimbing buluh juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, mengelakkan pitam, mengawal obesiti dan anti radang.

Daun belimbing buluh bila di jadikan pes boleh merawat gatal, bengkak, reumatisme dan dikatakan teh daun ini boleh merawat penyakit kelamin.
Beberapa khasiat belimbing buluh di atas saya buat kompilasi daripada beberapa website dan majalah mingguan wanita agar dapat memberikan alternatif dalam mengubati penyakit yang ringan dan tidak serius. Jika ada menghidapi penyakit yang kronik anda dinasihatkan untuk bertemu doktor yang pakar dalam bidang masing-masing.

##sumber MW & Google
Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "6 Khasiat Buah Belimbing Buluh"

Rupanya banyak faedah buah ni kan, tapi sayang tak ramai yang memelihara sekarang walaupun di kampung...TK berkongsi info baik ini

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top