8 Sebab Mengapa Kita Mesti Membuat Simpanan

aynora nur | 15 September, 2013,1:02 PM |
Advertisement
8 Sebab Mengapa Kita Mesti Membuat Simpanan - Pernahkah anda dengar "simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Dari sejak sekolah rendah kita telah diajar cara menabung dan ada sesetengah sekolah 'memaksa' pelajar mereka membuka akaun simpanan dengan cara bekerjasama dengan pihak bank.

Saya pun sama, ketika bersekolah rendah lagi telah memiliki buku simpanan BSN. Depositnya ketika itu murah sahaja, sekitar RM1.00.

Mengapa kita mesti menyimpan? Apakah keperluannya terhadap masa depan kita dan keluarga tercinta?

8 Sebab Mengapa Kita Mesti Membuat Simpanan 



1. Masa depan

Secara umum, menyimpan dari seawal umur kanak-kanak boleh meringankan beban dan menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Dengan memiliki simpanan, kita umpama menyediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti di saat kita memerlukan wang, tiada siapa yang sudi membantu. Tak rugi pun menyimpan demi nasa depan yang gemilang.

2. Meningkatkan pendapatan

Dengan membuat simpanan dari awal ia boleh meningkatkan pendapatan keluarga dari semasa ke semasa. Displinkan diri untuk mengenepikan wang gaji kita setiap bulan sebagai tabungan dalam masa kesusahan. Simpanan tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

3. Kecemasan

Simpanan juga dapat meringankan beban kita semasa menghadapi kecemasan. Contohnya apabila anak-anak yang demam, bayaran bil yang meningkat mendadak ataupun terpaksa bekerja di luar kawasan.

4. Modal perniagaan

Simpanan yang telah mencecah ratusan ribu juga boleh dijadijan modal perniagaan ataupun membesarkan rangkaian perniagaan sedia ada. Dengan yang demikian, impian bergelar usahawan dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang dirancang.

5. Memiliki aset hartanah

Nilai hartanah masakini melonjak naik dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit untuk sebuah rumah teres terutamanya di kawasan KL. Dengan memiliki simpanan sendiri ia boleh dijadikan wang muka untuk membeli rumah idaman.

6. Pendidikan anak-anak

Ada bermacam-macam insuran pendidikan yang diperkenalkan oleh agensi insuran di negara kita. Pilih saja mana yang terbaik untuk anak-anak kita. Paling bagus jika bukakan terus akaun SSPN-I untuk kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan bersedia dengan simpanan masa depan anak-anak kita lebih terjamin.

7. Pelancongan

Dengan simpanan yang dimiliki tentu kita tiada masalah menghilangkan tekanan kerja dengan melancong ke destinasi pilihan. Jika simpanan yang ada belum mencukupi untuk berjalan ke luar negara, apa salahnya melancong di dalam negara kita sendiri. Lagipun di Malaysia sekarang ni banyak pusat peranginan dan resort yang bertaraf dunia. Contohnya berjalan ke Langkawi, mendaki gunung ke Sabah ataupun berehat di resort & spa yang tumbuh bak cendawan.

8. Menunaikam rukun Islam ke lima

Setelah semua urusan duniawi selesai dan kita pun berjaya menyelesaikan hutang piutang kita, maka matlamat terakhir kita hidup di muka bumi ini adalah ke jalan bahagia di akhirat. Dengan menyimpan berdikit-dikit, tidak mustahil kita dapat menunaikan rukun islam yang kelima dengan mudah dan dalam usia yang muda. Siapa yang tidak mahu peluang sebegini, kan?

Sejak dulu lagi saya telah memupuk semangat menyimpan dalam diri anak-anak kami. Bila terima duit raya terus masukkan dalam bank. Paling mudah, saya bukakan akaun tabung haji pada seawal usia mereka 6 bulan lagi.

Selamat menabung kawan-kawan...


Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "8 Sebab Mengapa Kita Mesti Membuat Simpanan"

It's wonderful that you are getting ideas from this article
as well as from our argument made at this time.


Feel free to surf to my web-site ... Kantor Pengacara Perceraian

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top