Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa kata blogger tentang trafik blog?

Apa kata blogger tentang trafik blog? - Semua blogger samada yang baru atau pun otai, akan berasa sangat berbangga apabila blog mereka menerima kunjungan dari pembaca. Dengan hadirnya pembaca dalam blog mereka, menjadikan semangat berblog semakin membara!

Apakah yang dimaksudkan dengan trafik blog? Trafik blog adalah jumlah kawan, sahabat atau pembaca yang singgah di blog atau website kita. Jumlah yang datang dan singgah itulah kita panggil trafik ke blog. Contohnya, trafik ke blog saya banyak datangnya daripada laman carian Google.com, google.com.my, dari blog perseorangan dan lain-lain lagi. Ini bermakna penyumbang utama trafik ke blog ini adalah daripada individu yang saya tidak kenali.




Oh ya, sebelum terlupa dan kepada yang belum tahu, saya menggunakan nama aynora nur sebagai nama blogger saya. Ia mudah saja, gabungan nama saya dan awalan nama ayah tercinta!

Mengikut pengalaman saya sendiri, saya mula berblog secara aktif pada bulan Oktober 2011. Ketika itu saya terus mendaftar blog saya dengan menggunakan domain daripada Google dan masih setia bersama hingga sekarang. Saya perlu menggunakan domain .com kerana inginkan trafik dengan cepat. Kononnya dengan menggunakan domain berbayar, trafik ke blog akan cepat meningkat. Tetapi saya silap. Saya masih terkapai-kapai dalam dunia blog...

Belajar Asas SEO Untuk Jana Trafik Tinggi


Pada peringkat awal dan pertengahan berblog iaitu sekitar pertengahan tahun 2012, trafik ke blog saya setakat bawah 500 sehari. Maksudnya jumlah pelawat yang unik tidak pernah mencecah ke angka 1000. Oleh kerana minat berblog masih mendalam, saya siasat luar dan dalam blog terfamous dan paling mesra iaitu blog Denaihati. Dari situ saya pelajari teknik SEO yang asas, merangkak semula, kemudian berjalan-jalan sedikit dan alhamdulillah, kini sempat berlari-lari anak. Hihi...

Antara asas SEO yang saya ingat dan masih buat sampai sekarang adalah:

1. Tajuk entri yang tepat, ringkas dan menarik
2. Mengulang kata kunci daripada tajuk sebanyak paling minima 3 kali dalam artikel.
3. Membuat penutup artikel dengan kata kunci yang berkaitan tajuk artikel
4. Meletakkan kata kunci berkaitan tajuk artikel pada search description

Apa kata blogger aynora nur tentang trafik blog?

Bagi saya, trafik blog amat penting. Dahulu trafik blog saya tidak mendatangkan faedah dan hasil dari minat berblog. Kini, dengan jumlah trafik blog yang konsisten dan meningkat pada tahap yang membanggakan, saya mengecap hasil dalam bentuk kewangan daripada Adsense, Nuffnang, 8Share dan yang lainnya. Best, kan? Walaupun ada kerjaya tetap, saya juga dapat duit poket dari pengiklan dan yang paling syiok saya dapat kawan maya yang ramai...

I like blogging and love heavy traffic to my blog!

Rakan Blogger Sebagai Idola Tarik Trafik Ke Blog 


Untuk tarik trafik yang banyak ke blog, saya akan lakukan blogwalking dan tinggalkan komen yang membina di setiap blog yang dilawati. Sebagai penghargaan, saya ingin menulis nama-nama blogger berikut dalam artikel ini kerana sumbangan dan ilmu mereka pernah saya pakai untuk meningkatkan trafik ke blog saya. Antaranya:

Denaihati | Mrie Rnie | HanifIdrus | HasrulHassan | Ciklaili | Mialiana | Benashaari | HanisZalikha

Hargai Pengunjung Blog Untuk Kekalkan Trafik Tinggi 


Akhir kata, jika bukan kerana pembaca yang datang ke blog tidak mungkin blog saya memperoleh trafik yang tinggi setiap hari. Dengan rendah hati saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelawat dan pengunjung blog yang menjadikan blog aynoranur dekat di hati mereka...

Untuk mengekalkan trafik yang tinggi dan konsisten ke blog kita adalah amat penting kerana pelbagai perkara boleh diperolehi daripada jumlah trafik yang banyak tersebut. Berblog perlu ikhlas dengan menyampaikan maklumat yang positif serta membawa kebaikan dan kebangkitan semangat juang yang tinggi kepada setiap individu yang melayari blog terbabit.

Tidak guna memiliki trafik yang tinggi tetapi memiliki sebuah blog yang kontang! Fikirkanlah! Saya tidak percaya kepada frasa sesetengah blogger mengatakan trafik tidak penting, yang penting kualiti sesebuah artikel. Tetapi tahukah anda, dengan jumlah trafik yang banyak secara tidak langsung seseorang blogger akan berusaha memberikan yang terbaik kepada para pelawat di blognya!    

Untuk anda semua yang inginkan trafik yang berterusan di blog, apa salahnya cuba nasib menyertai contest blogger: "apa kata blogger tentang trafik blog" yang dianjurkan oleh blog santaikata.

Siapa sangka tuah ayam nampak dikaki, tuah blogger tunggu santaikata yang beri...hihi

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum dan salam perkenalan...
    Info yang sangat menarik dan bermanfaat..tq:) norazhobbies

    ReplyDelete
  2. Wah banyak dah income dapat dari blog. Yup trafik penting terutama yang ingin menambah income, menambah kenalan :). Salam kenal juga aynora. Nor join juga contest ni.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close