Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013

aynora nur | 04 September, 2013,4:14 PM |
Advertisement
Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013 - Bagi pelajar baru kolej matrikulasi & pelajar tingkatan enam bawah, anda semua sudah boleh menukarkan baucar buku BB1M dengan segera sebelum tarikhnya tamat. Banyak juga nilainya tu, RM250. Macam2 buku boleh dapat, tetapi jangan beli buku yang bukan-bukan ya...

Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013




1. Pelajar yang mahu menukar baucar BB1M hendaklah pergi ke kedai-kedai buku yang memaparkan notis penerimaan BB1M di premis jualan mereka sahaja. 

2. Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah berdasarkan keperluan kolej / sekolah masing-masing;

3. Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlu mengemukakan baucar buku yang lengkap dengan nama pelajar, nombor kad pengenalan dan cop rasmi kolej / sekolah serta menunjukkan kad pengenalan yang asal semasa pembelian;

4. Pihak kedai buku perlu menolak penerimaan baucar yang tidak lengkap dengan maklumat pelajar dan cop kolej / sekolah yang jelas dan melaporkan sebarang penyalahgunaan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

TEMPOH SAH LAKU BAUCAR


Baucar ini sah digunapakai selama 2 bulan sahaja iaitu mulai 1 September hingga 31 Oktober 2013 walaupun tarikh sah laku yang tercetak di belakang baucar mungkin telah tamat.

KADAR BB1M

Setiap pelajar layak menerima sebanyak 5 keping BB1M (RM50 sekeping) yang berjumlah RM250.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua kedai buku yang berdaftar.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013 "

aik dapat balik ker..bukan ari tu dah dapat ker yang tarikh luput dia hujung bulan may ari tu..

ha'ah Sally, w.e.f 1/9/2013 - 31/10/2013

kementerian pelajaran beri untuk budak2 yg baru masuk matrik dan lower six, walau dah expired masih boleh guna hingga oktober ni...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top