Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Ringkas Elak Angin Ahmar

Doa Ringkas Elak Angin Ahmar - Semua penyakit ada ubatnya. Lebih baik mencegah dahulu sebelum terkena. Doa Elak angin ahmar yang saya kongsikan ini adalah doa yang mudah dan ringkas dan telah saya dapat dari seorang ustazah ketika duduk di asrama dahulu. (Zaman persekolahan dulu-dulu...)

Doa ringkas ni memang ringkas, dan hendaklah dalam sekali seumur hidup kita telah baca doa ini. Insya Allah dapat mengelakkan dari terkena angin ahmar. Semua dengan izin Allah jua..

Doa Ringkas Elak Angin Ahmar



Maksudnya: 


“Wahai Tuhan! Aku berlindung dengan Engkau dan dengan beberapa kalimah yang sempurna daripada penyakit angin ahmar dan daripada penyakit yang besar-besar pada diriku, rohku, darahku, dagingku, lemakku, kulitku dan urat sarafku. Maka apabila Engkau tunaikan sesuatu pekerjaan Engkau berkata jadi oleh mu, jadilah ia. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan upaya pada menolak ujian Allah dan tidak ada kekuatan dalam menjalani ibadah kepada Allah melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi.”

Selain daripada Doa Ringkas Angin Ahmar di atas, ada satu lagi doa mustajab yang di berikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibrail iaitu Doa Rihul Ahmar.

DOA RIHUL AHMAR MERAWAT ANGIN AHMAR


Doa Rihul Ahmar boleh dibaca sepenuhnya di blog mselim3 dan terdapat cara-cara untuk melakukannya.

Kisah yang diceritakan,

Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pun menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada Tuan satu hadiah doa Mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"

Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah S.W.T Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.

Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis Jin tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok.
Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali kepad zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi. 

Wallahu 'Alam.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close