Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Enam Mayat Dalam Kenderaan Di Dasar Tasik | Info Dunia

Oklahoma - Enam mayat ditemui dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik di Oklahoma semalam. Penemuan itu pula berlaku secara tidak sengaja apabila polis menguji peralatan sonar baru mereka.


 


Penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun dahulu. Dua kenderaan yang ditemui adalah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan Camaro keluaran 1969. 

Di dalam camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada tahun 1970. Di dalam Chevrolet pula terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an. 

Pihak berkuasa masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama anak mereka yang hilang hingga kini.

- Agensi  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close