Khasiat Ubi Keledek Dan Kesihatan

Khasiat ubi keledek - Buah keledek adalah spesis ubi yang buahnya tertanam di dalam tanah. Seperti juga ubi kayu, buah keledek sedap direbus dan dijadikan bahan asas membuat kuih muih tradisional melayu.

Buah keledek ada pelbagai jenis antaranya ada isi yang berwarna oren, ungu, putih dan merah tua. Namun begitu, selain daripada dibuat kuih muih, keledek juga mengandungi khasiatnya yang tersendiri.

Khasiat Ubi Keledek 




1) Keledek juga ada nilai dalam perubatan tradisional. Ianya boleh mencerahkan mata dan mengubati penyakit bisul. Ubi keledek ada berbagai varieti. Ubi keledek manis rasanya, ia baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata. Pucuk keledek juga boleh dimasak lemak.

2) Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan musin(sejenis protein). Ia boleh menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga. Daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditampal ke mata bisul.

3) Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minuman.

Semoga dengan perkongsian artikel di atas kita mendapat sedikit manfaat dan khasiat ubi keledek dalam kehidupan harian kita.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.