Pesanan Buat Wanita

aynora nur | 27 September, 2013,10:31 AM |
Advertisement
Pesanan Buat Wanita - Saya wanita dan pesanan ini untuk kita semua yang bergelar wanita. Wanita dilahirkan lembut, cantik dan berwajah tenang. Sudah semestinya dengan ciri-ciri tersebut, wanita menjadi makhluk hampir sempurna di sisiNya. Namun begitu, sebagai hamba yang dipinjamkan ke muka bumi ini, kita mesti mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan. Betul tak?



Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus - Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang - Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
c. Orang yang alim tapi jahil - Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Pesanan Buat Wanita

Wajib bagi wanita:
  1. Mengekalkan malu pada suaminya.
  2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  5. Berdiri menyambut kedatangannya.
  6. Berdiri menghantar pemergiannya.
  7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  10. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  11. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  12. Memuliakan keluarga suaminya.
  13. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  14. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya. 
Semoga pesanan buat wanita yang saya kongsikan di atas dapat menjadikan diri kita lebih baik di sisi Allah.
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Pesanan Buat Wanita"

syukur saya masih bujang . hanya perlu jaga diri demi wali saya jer ...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top