Resepi Asam Pedas Pari Style Orang Johor

Tudung kanak-kanak
Resepi Asam Pedas Pari Style Orang Johor - Petang sabtu yang agak santai. Saya seperti biasa bekerja separuh hari. Jadi sementara ada masa terluang sikit ni, saya nak masak asam pedas style orang Johor (kiranya ikut style emak saya la...).

Masak ikan pari taklah susah sangat sebab ia tidak banyak tulang dan sesuai untuk kanak-kanak. Baunya pun kurang hanyir berbanding ikan mayong dan sebagainya. Mari kita tengok apa bahan-bahan yg diperlukan.

Resepi Asam Pedas Pari Style Orang Johor





Bahan-bahannya:


  • Ikan pari sederhana besar (anggaran 5 orang makan).
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia dan kunyit
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 2 batang serai
  • 1 ikat daun kesum
  • Garam dan gula


Cara Menyediakannya:

1. Rebus cili kering seketika. Kisar bersama dengan bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hingga halus.
2. Tumis bahan yg dikisar tadi dengan minyak masak hingga naik baunya. Masukkan 1 sudu kecil asam jawa. Masukkan sekali serai yang telah dititik dan biarkan seketika hingga bahan tumisan masak.
3. Masukkan ikan pari yang telah di potong tadi hingga sebati. Tambahkan air hingga separas ikan tadi.
4. Setelah ikan masak, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Taburkan daum kesum untuk bau yang lebih harum.
5. Angkat dan hidangkan.

Bagi orang Johor, kebiasaannya asam pedas di masak agak cair, hinggakan boleh dihirup kuahnya.

Selamat mencuba...



3 comments:

  1. salam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..

    http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html

    ReplyDelete
  2. Ikan pari ni memang sedap kalau kurang baunya, tapi ada jugak jenis ikan pari yang berbau. Kan? Sedap ni kalau masak asam pedas. Ikan pari bakar pun memang bast ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha, memang betul tu. Kena pandai cuci dan pilih yg segar je, memang kaw klu di bakar..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.