Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bagaimana Pageview Cecah 1 Juta Dalam Tempoh 10 bulan

Bagaimana Pageview Cecah 1 Juta Dalam Tempoh 10 bulan - Artikel ini ditulis setelah pageview (PV) blog aynoranur.com mencecah 1 juta paparan. Sepatutnya ia dihasilkan semalam bersama dengan print screen sekali tetapi saya terlupa nak buat countdown...Iya lah, semalam is Sunday, takkan saya nak menghadap komputer sedangkan ada en suami dan anak yang hendak di 'countdown' kan...haha..

Berbalik dengan entri ini yang pernah saya hasilkan, ketika itu PV masih berada pada paparan 940,+++ setakat 21/9/2013. Tetapi tidak lama juga untuk bergerak angka PV tersebut. Tiada yang lebih baik daripada ucapan alhamdulillah dan kesyukuran dengan pencapaian tersebut kerana blog aynoranur.com masih menjadi santapan dan kunjungan pembaca blog yang inginkan info secara online.

Bagaimana Pageview Cecah 1 Juta Dalam Tempoh 10 bulan 


Mungkin ada yang tidak percaya dengan pencapaian blog saya seperti yang saya gunakan sebagai tajuknya iaitu PV cecah 1 juta dalam tempoh 10 bulan. Jika ikut sejarah awal, aynoranur.com ditubuhkan secara rasminya pada bulan oktober 2011. Pada ketika itu, PV sebulan baru 8,657 sahaja. Dan, pada ketika itu pun saya guna template yang entah-apa-apa-entah, pilih template sembarangan tanpa ada ciri-ciri SEO.


Jika diperhatikan dari gambar di atas, peningkatan blog ini dari awal penubuhannya amatlah perlahan. Sehingga November 2012, jumlah PV saya sekadar 21,951 sahaja. Saya menangguhkan aktiviti berblog sepanjang tempoh setahun itu kerana memberi laluan kepada program MBA saya.

Dan, mulai Disember 2012, saya kembali aktif. Saya lakukan penukaran template dan mengubah arah dan cara saya berblog. Maka sebab itu daripada Januari 2013 hingga Oktober 2013 ini, tercapailah jumlah melebihi 1 juta pageview yang saya dapat untuk blog ini.

Jadi, sebagai berkongsi pengalaman saya akan ceritakan peringkat demi peringkat bagaimana PV blog ini boleh cecah 1 juta dalam tempoh 10 bulan:

1. Berani berubah

Anda seorang yang berani berubah? Jangan tunggu masa yang lama untuk berubah. Maksud saya di sini adalah gunakanlah template yang mengandungi ciri-ciri SEO tersedia (built-in) di dalamnya. Jika dahulu pelbagai template saya gunakan, dari yang awesome hinggalah yang dipandang cantik. Tetapi buat apa template cantik tetapi hasilnya kosong? Rugi besar jika kita mempunyai info dan pandangan yang bagus tentang sesuatu perkara tetapi tidak dapat disampaikan kepada audien. Fikirkanlah....

Bertukarlah kepada template yang mesra SEO, contohnya Template Thesis For Blogspot...

Print screen dari blog aynoranur

2. Sabar

Menghasilkan kejayaan bukan boleh datang dengan sekelip mata. Kita harus sabar dan yakin dengan kemampun blog sendiri. Jika anda cepat berputus asa, semua benda yang dibuat pun tidak mendatangkan hasil. Jadi, tanamkan sifat sabar menanti buah yang dituai itu gugur dengan hasilnya yang manis...

Kalau tak caya cakap saya, korang boleh godek ilmu dan panduan daripada blog Mr HH...selalu dia ulang-ulang benda ni...

3. Menambah ilmu

Berblog juga sama seperti kita mengerjakan pekerjaan lain samada bertani, pekerja pejabat, buruh kontrak dan sebagainya. Sebab apa? Kerana semua pekerjaan akan tinggal satu kerja yang kita buat untuk dapat upah. Jika kita berfikir di luar 'kotak' atau 'tembok', kita tidak selamanya statik di situ dengan tiada kenaikan gaji, tidak naik pangkat ataupun kebun yang kita kerjakan tidak berkembang. Dengan ilmu, orang buta boleh jadi celik, begitulah maksud saya...

Sebab itu kita kena ada ilmu dalam apa jua bidang yang kita buat. Dengan cara berblogwalking, menyertai segmen, membaca pandangan orang lain, membaca buku-buku panduan tentang berblog dan bercampur gaul dengan orang-orang berilmu. Mudah, kan?


 

Pernah baca buku di atas? Inilah buku yang saya beli di MPH ketika mula-mula nak cuba buat blog. Kalau tak silap saya beli pada tahun 2008. 

4. Merancang Masa dalam menghasilkan entri

Salah satu cara yang saya buat untuk dapatkan PV hingga 1 juta dalam tempoh 10 bulan adalah dengan menghasilkan entri yang konsisten. Saya akan merangka dan merancang bilakah masa yang sesuai artikel saya untuk dipublishkan.

Contohnya jika saya ada 2 artikel yang telah lengkap di edit, saya akan pastikan jarak 6 jam untuk saya publishkan entri antara satu sama lain agar blog saya sentiasa dikunjungi. Jika saya boleh, anda pun boleh kan?




Paparan di atas menunjukkan PV terhadap sesuatu artikel yang disiarkan oleh blog aynoranur. Semuanya kerana sokongan pembaca yang rajin datang ke blog ini.

5. Ikhlas 

Akhir sekali kita perlu ikhlas dalam menghasilkan artikel atau entri untuk para audien. Jangan lupa juga yang blog kita dikunjungi oleh pengunjung dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang berbeza. Jadi, hasilkan artikel yang berhemah dan ikhlas serta ejaan yang betul dan mudah difahami.

Contohnya saya sasarkan golongan ibu bapa dan pelajar untuk mencedok maklumat dari blog saya. Maka saya akan pastikan tiada unsur-unsur yang tidak bermanfaat yang saya kongsikan.

Sebagai menutup tulisan saya, ingin ditekankan bahawa untuk mendapatkan pageview 1 juta dalam tempoh 10 bulan bukannya mudah tetapi perlukan kerja keras dan penghijrahan serta konsisten. Namun begitu ianya juga tidak mustahil untuk dicapai.

Semoga kita semua menjadi orang-orang yang berjaya dan mendaki tangga kejayaan dalam bidang masing-masing waima anda seorang blogger picisan seperti saya!



Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh..terbaiklah! congrats sis.Proud of You..:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih y gan atas info y ,maklum aku baru tahu ttng ini artikel.
    kembali kunjungan y baru belajar http://ciriseo.blogspot.com

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close