Enter your keyword

30 October, 2013

Doa Ketika Sedih Dan Dukacita

Doa Ketika Sedih Dan Dukacita - Andai ada yang sedih dan berduka pagi ini, buat-buatlah bertenang dan bersabar. Cuba tarik nafas seminit dua dan lepaskan. Kemudian buatlah solat sunat dan di akhir selepas bersolat, berdoalah dengan doa ketika sedih dan dukacita yang saya kongsikan ini.

Semoga kita semua di dalam peliharaan Allah S.W.T.

Doa Ketika Sedih Dan Dukacita






Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Semoga doa ketika sedih dan dukacita di atas dapat merawat hati-hati yang sedang bersedih. Fikir segalanya dengan tenang dan cari sudut positif dari segala dugaan yang mendatang.

2 comments:

  1. nice sharing.... jom hafaz dan amalkan bersama...

    ReplyDelete
  2. dlm apa jua masalah , kita diminta utk berdoa ...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.