Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PBSMR Ganti PMR Mulai Tahun 2014

PBSMR Ganti PMR Mulai Tahun 2014 - PBSMR adalah kata ringkasan untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah. Mengikut laporan akhbar-akhbar utama, mulai tahun hadapan peperiksaan PBSMR hanya akan melibatkan empat mata pelajaran teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang akan dinilai. Oleh kerana ia baru sahaja diumumkan, jadi cara perlaksanaannya belum lagi diketahui.

Peperiksaan PMR yang bermula 2/10/2013 mula diperkenalkan pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

PBSMR Ganti PMR Mulai Tahun 2014





Mengikut daripada pautan akhbar Berita Harian, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bakal digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Penilaian tersebut akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merungkai empat subjek untuk dinilai kepada pelajar selain memberi dua cara untuk menjawab soalan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

Menurut sumber, perkara tersebut akan diterangkan oleh jabatan Pelajaran Negeri sebelum penghujung tahun ini.

Pelaksanaan dan peperiksaan akan dijalankan oleh guru di sekolah tersebut dengan pemantauan LPM yang bertindak sebagai pemerhati.

Peperiksaan itu hanya melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Walaubagaimanapun, mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan dinilai menerusi semakan berperingkat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. ada pembaharuan, tgk le camne hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  2. makin byk yg dimansuh. ade pro and cons tersendiri. hrp memberikan yg terbaik ntk anak bangsa kita. namun cuma satu, cx kesal apabila sekolah agama semakin dimansuhkan. dulu setiap hari, skrg seminggu 2,3 kali je. dulu ade ujian, skrg dah tak heran. hurm. semoga agama ank2 kita tdk ketinggalan. ilmu dunia perlu, dunia akhirat dua kali perlu. sekian :)

    ReplyDelete
  3. untung nye lah budak zmn nih ... x byk beban cam saya zmn srp ...

    ReplyDelete
  4. Mgkin org yg bkndlm klgn wrga pndidik nmpk sng tpi pljr dan ckgu pning hmmm.... Terima je lh...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close