Resepi Bubur Cha Cha

Tudung kanak-kanak
Resepi bubur cha cha - Petang petang macam ini cuaca elok dan redup sahaja. Jadi disebabkan ada masa terluang sedikit dan bahan-bahan nak membuatnya pun tak susah, maka saya kongsikan resepi bubur cha cha yang mudah dan ringkas ini.

Resepi Bubur Cha Cha






Bahan-bahannya:

1. 100 gm ubi kayu
2. 200 gm pisang - sebarang jenis pisang
3. 200 gm keledek
4. 200 gm isi keladi
5. 200 gm nangka masak
6. 3 helai daun pandan
7. 2 liter santan pekat
8. 1 sudu teh perasa vanila
9. Garam secukupnya
10. Gula secukupnya

Cara membuat nya:

1. Didihkan air ke dalam periuk
2. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas yang dipotong dadu ke dalam air mendidih di antara 30 - 45 minit.
3. Masukkan santan pekat, gula, garam dan perasa secukupnya.
4. Sedia dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. sedapnya..terima kasih kongsi resepi. nanti nak masak bubur caca jugalah..

    ReplyDelete
  2. Suka mkn tpi x brpa nk rajin nk buat... hehe...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.