Sinopsis Drama Korea Full House Take 2

Tudung kanak-kanak
Sinopsis Drama Korea Full House Take 2 - Kisah seorang guru di Hapkido, Jang Man-ok (Hwang Jun-eum) menjadi penasihat fesyen kepada kumpulan idola popular bernama TAKE ONE dalam kisah komedi romantik ini. Dia mendapati hidupnya terlibat dalam cinta tiga segi dengan kedua-dua ahli kumpulan tersebut semenjak dia berpindah masuk dan tinggal di rumah mewah kumupulan tersebut.

Drama Korea Full House Take 2 dibintangi oleh Hwang Jung-eum (Giant), No Min-woo (My Girlfriend is a Gumiho), Park Ki-woong (The Musical), Yoo Seol-ah dan ramai lagi.



Info Drama Korea Full House Take 2


  • Genre: Romantik, komedi
  • Ditulis oleh: Park Young-sook
  • Pengarah: Kim Jin-young, Nam Ki-hoon
  • Jumlah episode: 32



Ringkasan watak:

Jin Se-ryung (Yoo Seol-ah) adalah seorang yang berkeyakinan tinggi dan degil. Dia merupakan cinta pertama Lee Tae-ik (No Min-woo) . Dia mengambil keputusan kembali ke Korea setelah melihat kejayaan Lee Tae-ik dan berhasrat ingin kembali ke sisi lelaki itu. Apakah kepulangannya itu diterima dengan hati terbuka oleh Lee Tae-ik?

Salah seorang ahli kumpulan TAKE ONE adalah Won Kang-hwi (Park Ki-woong). Beliau seorang lelaki yang kacak dan menawan. Dia secara tidak sengaja telah terlibat dalam cinta segi tiga antara Man-ok (Hwang Jung-eum) and Lee Tae-ik (No Min-woo).

Sementara itu, selepas kematian ayahnya dan kejatuhan syarikat ayahnya itu, Lee Tae-ik (No Min-woo) terpaksa menyertai kumpulan idola popular TAKE ONE kerana tiada pilihan lain untuk menyelamatkan rumah keluarganya..

Semoga paparan ringkas watak-watak dalam drama korea Full House Take 2 di atas memberikan sedikit gambaran kepada keseluruhan cerita drama korea bertemakan komedi ini.

Selamat menonton! 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.