Enter your keyword

10 October, 2013

Sinopsis Drama Korea The Inheritors Lakonan Lee Min Hoo

Sinopsis Drama Korea The Inheritors Lakonan Lee Min Hoo - "The Inheritors" akan menggantikan drama bersiri seram komedi yang disiarkan pada masa kini iaitu Master's Sun dan dijangka diikuti oleh drama Man from the Stars pada bulan Disember 2013 nanti.

Sinopsis Drama Korea The Inheritors Lakonan Lee Min Hoo




The Inheritors ataupun The Heirs mengisahkan tentang persahabatan dan tentang cinta anak muda dan pewaris kekayaan sebuah keluarga dengan seorang gadis miskin dari keluarga biasa bernama Cha Eun-Sang (Park Shin-Hye).

Drama korea The Inheritors mengisahkan pelajar-pelajar golongan elit dari sebuah sekolah terkenal yang dilatih khusus untuk mengambil alih empayar perniagaan keluarga masing-masing apabila tiba masanya.
Pelajar kaya raya ini dikawal seluruh kehidupan mereka kecuali tentang percintaan dan cinta. Kim Tan (Lee Min Ho) adalah waris kepada Empire Group yang dihantar belajar ke luar negara (U.S). Tetapi hakikatya, Kim Tan segaja dibuang agar jauh dari rumah, kerana abang tirinya (Choi Jin Hyuk) merancang mahu merampas dan mengambilalih perniagaan keluarga tersebut.

Ketika di US, Kim Tan terserempak dengan Cha Eun Sung (Park Shin Hye), yang baru tiba dari Korea Selatan untuk mencari kakaknya. Kim Tan berasa dia telah jatuh cinta dengan Cha Eun Sung tanpa mengetahui bahawa gadis itu adalah anak perempuan kepada orang gajinya.

Bila tunangnya yang bernama Rachel Yoo (Kim Ji Won) tiba untuk membawanya pulang ke korea, perasaan Kim Tan berbelah bahagia antara cinta dan tanggungjawab.

Sementara itu, abang tiri Rachel, Choi Young Do (Kim Woo Bin) merangka rancangannya untuk menemui dan membina hubungannya dengan Eun Sung.

Jadi, dalam kisah di atas siapa menyangka kekayaan dan kecantikan mudah ditangani?





Info The Inheritors:

  • Juga dikenali dengan tajuk-tajuk: The Heirs, Heritors, The One Trying to Wear the Crown, Withstand the Weight – The Heirs, He Who Wishes To Wear the Crown, Endure Its Weight – The Heirs, The One Who Wants to Wear a Crown Must Bear the Weight – The Heirs, Those Who Want the Crown, Withstand the Weight of it – The Heirs
  • Genre:  Romance, Comedy, Drama, School
  • Di tulis oleh: Kim Eun-sook
  • Pengarah: Kang Shin-hyo
  • Dibintangi oleh: Lee Min-ho, Park Shin-hye, Kang Min-hyuk, Kim Woo-bin, Choi Jin-hyuk, Krystal Jung, Kim Ji-won, Kang Ha-neul, Park Hyung-sik
  • Jumlah episode: 20

Selamat menonton drama korea The Inheritors di saluran ONE HD mulai 6 November 2013.

5 comments:

  1. yg x bestnya tu bila setiap watak tu saling berkait . dah mcm drama latin lah pulak ... tapi tetap tgk ...

    ReplyDelete
  2. lakonan Lee Min Ho memang diminati ramai...termasuklah saya.Hehe.

    ReplyDelete
  3. sukaaaa......tapi cari dalam youtube ngan maaduu xde :( frust tol

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.